Tuesday, January 12, 2010

Mana lebih penting?

Kali ni aku nak tanya korang.. mana lebih penting.. mempertahankan kalimah Allah supaya kristian tak dapat guna lebih penting ka.. atau mempertahankan akidah dan iman kita supaya tidak goyah dan kita 100% taat pada ajaran Islam.

Katakanlah saya ambil contoh seorang lelaki yang kuat melayunya dan berdemo sakan membantah org kristian menggunakan kalimah Allah.. tapi keluarganya tunggang langgang.. dia tak sembahyang.. tak puasa.. moral keluarganya rosak.. anak-anaknya liar dan melahirkan anak luar nikah.. so mana lebih penting.. fikir2 lah..

Berapa ramai umat Islam yang berjaya di Kristiankan?
Bandingkan berapa ramai umat Islam yang ingkar ajran agama.?
Berapa ramai umat Islan jadi rosak akhlak.. sex bebas.. ??
Berapa ramai anak-anak kecil yang ada di malaysia ini yang benihnya dari anak luar nikah?
Berapa ramai yang jadi rosak iman dan amal tapi beragama Islam??

Aduyai.. kalau difikirkan hal ini jadi bingung kita..
Kita lebih peduli dan sanggup ke depan barisan demo jika hal kalimah Allah ini tapi tak siapa pun yang ambik peduli masalah remaja rosak akhlak.. remaja tak tahu baca Quran.. tak tahu sembahyang.. tak boleh baca tahiyyat akhir dlm sembahyang.. remaja beramalkan seks babas.. remaja buat adegan sek dlm bentuk video.. dadah.. tagih arak dan macam-macam lagi..

Percayalah kalau saya katakan jika remaja dan umat Islam kita kuat imannya,, faham agama 100% taat dan beramal soleh.. terkawal pergaulannya.. biarlah macamanapun akidah kita tak akan goyah.. kita tak akan risau seraangan ajaran kristian kepada kita..

so aku lebih suka semua pihak dalam masyarakat kita lebih2 pihak kerajaan kena buat sesuatu bagi memperkuatkan iman dan fahaman kita umat Islam. kena ada makanisma khas supaya setiap rakyat malaysia 100% faham dan beramal sepenuhnya dengan ajaran Islam. Kerajaan kena buat sesuatu supaya masalah umat Islam yg aku senarai kat atas tadi diselesaikan.. kita tak mau lagi remaja dengan masalah pergaulan sex bebas.. sex before married.. anak luar nika @anak haram.. dadah.. arak.. bohsia..

Bagi aku seseorang pemimpin masih dianggap gagal jika dia gagal membentuk rakyat dibawahnya supaya beriman.. menghindari segala budaya dan amalan buruk yang dilarang oleh agama..

Kekadang aku terfikir betapalah indahnya Malaysia jika rakyatnya beriman dan taat beragama.. tak ada remaja runtuh akhlak nie.. tak ada sex bebas.. tak ada anak luar nikah.. tak ada orang buta agama.. tak ada org buta quran.. yang ada hanya orang yang beramal soleh dan celik agama.,. celik al Quran..

Apa yang kecoh-kecoh nie ha?

Tahun baru 2010 disambut dengan macam2 kekecohan.. aku tak mau sentoh yang tenang dlm penulisan aku kali ini tapi nak cerita yang kecoh2 sikit.. apa yang kecoh2 nie ha??

1. Mula2 masuk jer tahun baru 2010.. dah kecoh pasai rega gula naik RM0.20.. dari RM1.45 sekilo ke RM1.65.. sebagai pengguna ramai yang kecewa.. bagi gomen yang menaikkan harga gula kata ini bagus utk kawal penyakit kencing manis.. tak guna bagi subsidi pada gula yang lebih memudaratkan.. hangpa terima ka alasan ini? bagi aku susah nak terima.. come on lah brader.. bagilah alasan yang lebih intelektual sikit.. bagi aku kenaikan harga gula akan melibatkan brg2 lain yang berkait gula akan naik.. ini bermakna naik 20 sen pada zahir akan membebankan rakyat kpeda lebih besar.. lebih dari 20 sen...

Lepas naik rega gula.. dah kecoh lagi pula ura-ura nak batal terus subsidi gula.. jadiknya rega gula pasti akan terus melambong.. kacau-- kacau..

2. Tapi yang terbaru isu kalimah Allah dalam ajaran kristian bahasa Malaysia.. aku tak gunakan perkataan bahasa Melayu sebab org Melayu dah tak ada bahasa mereka.. bahasa mereka dah di upgrade jadi bahasa Malaysia.. kat sekolah pun dah panggil bahasa Malaysia.. kesian orang Melayu.. orang cina ada bahasa cina.. india bahasa India.. England ada Inggeris.. jawa ada.. siam ada.. tapi bahasa Melayu dah tak ada.. yg ada hanya bahasa Malaysia.. yang ada kat org Melayu.. baju melayu dan keterapi tanah melayu.. ha.. ha.. padan muka..

Macam2 pandangan berkaitan penggunaan kalimah Allah dalam ajaran kristian.. kalau ikut kitab bible.. tak ada pun perkataan Allah di dlm kitab itu.. yg ada God saja.. tapi bila mereka terjemah utk org Indon dan Sabah Sarawak depa tukar God dengan Allah.. so kat Indon, Sabah dan Sarawak depa dah lali dengan hal ini.. cuma bila depa nak guna dlm malajah herald je jadi isu bila KDN tak luluskan permit pasal guna Allah.. pastu depa pi mahkamah dan menang.. ini baru kecoh dan haru biru.. kita kat semenanjung memang tak dapat terima hal ini.. pada aku lah kan.. lebih afdal guna Tuhan untuk makna God... sepatutnya komiti majalah herald yang terbitkan isu tu kena hati-hatilah.. wlwpun ada pendapat kata boleh tapi mereka kena berpada2 lah.. memang tepat seperti kata TG Nik Aziz MB Kelantan.. tak salah guna nama Allah tapi dalam kontek semenanjung tak sesuai takut jadi salah guna dan menimbulkan masalah..

Memanglah kita tahu Kristian.. nabi2 mereka sama dengan nabi dalam Islam cuma perihal cerita kisah nabi mereka yg diubah, dipinda dan diolah supaya sesuai dengan kristian.. banyak mereka tokok tambah.. tapi kita dalam Islam kisah nabi kita muktamat dan tak dipinda2..kisah nabi2 dlm Islam mantap dan tak berubah.. hatta nama Nabi kita pun kita tak ubah.. bukalah terjemahan Quran bahasa apa pun.. nama nabi tak dipinda ikut bahasa sesuatau kaum .. adam tetap adam.. yusof ka.. daud ka.. mariam ka.. Isa ka.. Yahya ka.. apa ka..

Tapi dalam kristian depa pinda habis.. Hawa jadi Eve.. Yusof jadi Joseph.. David jadi Daud.. Yahya jadi Yuhanna. dll.. pelik kan.. depa sanggup tukar nama dan akan lebih mengelirukan mereka.. so bila fikir2 akan betapa mudah dan berani mereka mengubah nama2 nabi mengikut bahasa.. so aku bangga jadi oranag Islam sebab kita konsisten dan kekal pada yang asal...

Apabila datang kebenaran yang batil (salah) akan gugur dengan sendirinya.. Allah swt pasti akan terus memelihara Islam...

Friday, January 8, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Walaupun agak lambat nak ucap tahun baru kerna hari ini dah hampir seminggu kita dalam tahun 2010. aku lambat update blog aku nih kerana masa tahun baru aku sambut kat Haadyai Thailand.. aku bawa family aku gi melancung 6D5N melepak kat hotel New World di sana.. itu yang tak dapat update blog tu..

Seronok sungguh dan meriah sambut tahun baru kat sana.. merasalah kami sekeluarga pengalaman sambutan tahun baru kat sana.. masa malam tahun baru kat sana.. adoiii.. bukan main meriha lagi mereka sambut.. tv depa buat live telecast.. ada channel live dari Haadyai.. ada buat live dari Pattaya.. ada Live kat Bangkok town dan ada live kat Bangkok river.. wow.. hebat depa.. kalau ka Melaysia.. tak meriah sangat... sekadar program syok sendiri kat tv..

anyway.. SELAMAT TAHUN BARU 2010...

adious...