Kepada semua tetamu yang datang ke pondok maya "Cacamarba Kehidupan"aku ucapkan Selamat Datang ke blog aku yang tak sepertinya ini.. Rumah maya aku kat sini simple jer.. aku pun bukanlah arif sangat dalam pautan blog sesawang ini kerana aku masih perlu banyak belajar.. jika ada kekurangan atau yang meninggung rasa terhadap tulisan.. aku minta maaf banyak2.. bumi mana tak ditimpa hujan wehh...
Jom sama-sama kita layari... adios..
IBU YANG KU SAYANGI
Foto ini diambil 2007 dan Julai 2009 ibu pergi buat selamanya..
TAAT KEPADA IBU TAAT KEPADA AYAH
Ayah yang aku kasihi telah lama meninggalkan aku sejak 12 Mac 1973 ketika usia aku masih kanak2. Usia ayah ketika itu baru 50 tahun.. masih muda. Pengorbanan ayah seteguh Bukit Tursina. Selepas ayah pergi hanya ibu yang mendampingi daku dan menjaga segala keperluan ku demi menggalas peninggalan amanah tugas ayah di bahu ibu. Pengorbanan ibu untuk ku terlalu besar dan tidak terbalas oleh ku biar pun segala isi perut bumi ini ku persembahkan pada ibu. Tapi pada tanggal 9 Julai 2009 ibu ku pula kembali menemuiNya untuk bersama ayah ku.. pada usia ibu 89 tahun..
"Ya Allah.. Semoga kedua ibu dan ayah ku, Engkau tempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin."
Pesan ku kepada semua"HORMAT DAN TAATLAH KEPADA KEDUA IBUBAPA MU DAN JANGAN SEKALI-KALI MENYAKITI HATI MERAKA".
No comments:
Post a Comment