Friday, June 24, 2011

Pengorbanan Seorang Yang Bernama Ibu


Ketika melayari lawan sesawang, secara kebetulan terjumpa sebuah artikel menarik di laman Kaskus. Artikal ini menceritakan kehidupan sadis dan meruntun perasaan bagaimana seorang ibu bernama Parti dari Desa/Kecamatan Bangsal Kabupaten Mojokerto, Indonesia mencari rezki sesuap nasi untuk kehidupan dia dan anak-anaknya.

Berdasarkan keterangan berita, Parti sanggup berjalan dengan menuntun basikal tuanya sejauh 20 km untuk menjual barang rongsokan atau barangan terpakai menjelajah seluruh wilayah kabupaten daerah tempat tinggalnya untuk mencari rezki.

Apabila ditanya berapa hasil jualan yang diperolehi seharian berjaja, "Sehari lumayan mas, bisa mendapat Rp20 ribu hingga Rp.30 ribu.’’ katanya sambil mengatur nafasnya yang kelelahan menuntun basikal dengan berat muatan puluhan kilogram.

Rp 20-Rp30 ribu, anda tahu berapa jumlahnya dalam RM? Mungkin sekitar RM6-RM7 sahaja yang diperolehi setelah menuntun basikal berpuluh kilometer jauhnya dengan muatan berat puluhan kg bagi kederat sorang ibu separuh usia sepertinya.

Apabila ditanya lanjut kenapa sanggup berjaja sebegitu jauh?.... jawabnya.... sebab dia sanggup berjalan sejauh 20 km dengan muatan yang cukup berat bagi seorang wanita pertengahan usia, dia menjawab, segala-galanya untuk keperluan empat orang anaknya yang masih kecil dan bersekolah.

Begitulah besarnya pergorbanan seorang ibu demi membesarkan anak-anak.

Aduhai betapa sadis membaca pengakuan seorang ibu yang berkorban semata-mata mencari rezki untuk membesarkan anak-anaknya. Secara tanpa ku sedari titisan air mengalir keluar tiris dari kelopak mata aku.

Aduhai dunia.. ketika sang miskin bertarung untuk hidup tetapi dari sudut lain sang penguasa yang menjadi kepala pemerintah sebok mengumpul harta kekayaan dan tembolok mereka tanpa merasa sedikit pun prihatin kepada rakyat yang miskin menderita... tetapi anihnya setiap kali pilihanraya sang penguasa ini datang merayu undi dari simiskin yang mereka lupakan itu... adilkah ini????


P/s: .9hb Julai 2011, genaplah dua tahun pemergian ibu ku Almarhumah Hjh Nah Binti Yahya ke alam Barzakh. (Ayahku telah lebih dahulu menemuiNya 38 tahun dahulu). Walaupun setiap hari aku merindui mereka, mengharapkan mereka masih berada di dunia ini bersama ku, namun Allah lebih menyayangi mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah swt dan segala dosa diampuni Allah.

Kepada yang masih mempunyai ibu, sayangilah ibubapa anda dengan sepenuh hati!

Wednesday, June 15, 2011

Negeri Sembilan dan Sabah Juara Murtad.. Kelantan Sifar..

Artikal saya merujuk pada kenyataan Menteri Jamil Khir: Permohonan murtad 135 orang diluluskan[malaysiakini]

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.
Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.

Nota: Untuk membendung gejala murtad ni perlulah pemahaman dan ketaatan pada agama dalam institusi keluarga mesti kukuh. Kerajaan yg memerintah bertanggong jawab sepenuhnya dalam memastikan setiap umat Islam di negara ini terpelihara akidah mereka.. kerajaan jangan lepas tangan...

Wednesday, June 8, 2011

ILMU MINYAK UNTUK PERBANDINGAN

Senarai Negara Harga Minyak Petrol Paling Murah Di Dunia


1. Venezuela - $ 0,05 / liter atau RM0.16 sen seliter
Venezuela dipimpin oleh Presiden Hugo Chávez – cukup terkenal dikalangan pemimpin politik seluruh dunia kerana beliau seorang yang sosialis kerana beliau diakui ramai sering memikir cara bagaimana untuk membantu rakyatnya untuk memiliki taraf kehidupan yang lebih baik. Tentunya dengan harga petrol yang murah, akan lebih mudah rakyat memilih beliau untuk kembali pada pilihanraya akan datang.


2. Turkmenistan – $ 0.08/liter atau RM 0.26sen seliter
Saya sendiri tidak menyangka yang Turkmenistan tergolong di antara negara yang memberikan harga petrol kedua termurah di dunia. Negara ini boleh dikatakan dingin daripada sebarang isu dan berita kepada negara luar. Tetapi itulah hakikatnya.


3. Nigeria - $ 0.10/liter atau RM0.33sen seliter
Nigeria dikatakan antara 10 negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia. Yang pentingnya pemerintah di sana tidak ingin membuat rakyat mereka marah dengan mengenakan harga petrol yang tinggi


4. Iran – $ 0.11/liter atau RM0.36 sen seliter
Dengan rezab simpanan minyak yang dimilki negara Iran sekarang, dijangka mereka akan kehabisan minyak dalam tempoh 74 tahun daripada sekarang.


5. Arab Saudi – $ 0.12 liter atau RM0.39 sen seliter
Sememangnya diakui dek kerana limpahan minyak yang dimiliki oleh Arab Saudi telah meletakkan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah sebagai kalangan raja yang terkaya di dunia. Kebiasaannya ketika Raja Arab Saudi, Raja Abdullah melakukan kunjungan ke luar negera biasanya dia akan pergi bersama-sama dengan 6 pesawat yang mana 1 untuk dirinya dan anak-anaknya dan 5 untuk teman-teman terdekatnya. Mungkin juga, seandainya mereka menurunkan sedikit lagi harga petrol, mereka akan mampu untuk membawa pesawat peribadi ke-7 iaitu Boeing 747.


6. Libya - $ 0.14 liter atau RM0.46sen seliter
Libya mempunyai rezab simpanan minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia.


7. Kuwait - $ 0.21 /liter atau RM0.69 sen seliter
Ini hampir sama seperti di Qatar! Kuwait adalah negara kelima terkaya di dunia, jadi sangat sesuai limpahan yang dimiliki oleh Kuwait “dikongsi” bersama dnegan rakyatnya dnegan menawarkan harga petrol yang berpatutan.


8. Qatar - $ 0.22/liter atau RM0.72 sen seliter
Negara Qatar merupakan negera kedua terkaya di dunia dan dalam pada masa yang sama memberikan harga petrol yang murah kepada rakyatnya.


9. Bahrain – $ 0.27/liter atau RM0.89 sen seliter
Negara pulau kecil ini hanya memiliki keluasan wilayah hanya 266 mil² (665 km²). Kalau anda mempunyai kenderaan di sana, jarak yang hanya boleh dilalui di Bahrain hanya sejauh 100 mil atau bersamaan 161 kilometer sahaja. Tetapi mengapa kerajaan Bahrain memberikan harga petrol pada kadar harga yang cukup murah? Berapa banyak petrol yang mereka perlu?


10. United Arab Emirates – $ 0.37/liter atau RM1.22sen seliter
Siapa yang tidak tahu kebangkitan United Arab Emirates sebagai satu “hentian” bagi pengunjung luar kerana berjaya menyediakan tempat tinggal yang menarik dek kerana limpahan minyak yang mereka miliki. Selain memiliki salah satu negara yang menawarkan harga petrol termurah di dunia mereka merupakan negara keempat terkaya di dunia.


Dan ini pula senarai negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia
# 1 Saudi Arabia: 262,700,000,000 barrels (tong)
# 2 Canada: 178,900,000,000 barrels
# 3 Iran: 133,300,000,000 barrels
# 4 Iraq: 112,500,000,000 barrels
# 5 United Arab Emirates: 97,800,000,000 barrels
# 6 Kuwait: 96,500,000,000 barrels
# 7 Venezuela: 75,590,000,000 barrels
# 8 Russia: 69,000,000,000 barrels
# 9 Libya: 40,000,000,000 barrels
# 10 Nigeria: 36,000,000,000 barrels
# 11 Mexico: 33,310,000,000 barrels
# 12 Kazakhstan: 26,000,000,000 barrels
# 13 Angola: 25,000,000,000 barrels
# 14 United States: 22,450,000,000 barrels
# 15 China: 18,260,000,000 barrels
# 16 Qatar: 16,000,000,000 barrels
# 17 Brazil: 15,120,000,000 barrels
# 18 Algeria: 12,460,000,000 barrels
# 19 Norway: 9,859,000,000 barrels
# 20 Oman: 6,100,000,000 barrels
# 21 India: 5,700,000,000 barrels
# 22 Indonesia: 4,600,000,000 barrels
# 23 Ecuador: 4,512,000,000 barrels
# 24 United Kingdom: 4,500,000,000 barrels
# 25 Yemen: 4,370,000,000 barrels
# 26 Australia: 3,664,000,000 barrels
# 27 Malaysia: 3,100,000,000 barrels
# 28 Argentina: 2,950,000,000 barrels
# 29 Egypt: 2,700,000,000 barrels
# 30 Syria: 2,500,000,000 barrels
# 31 Gabon: 1,921,000,000 barrels
# 32 Tunisia: 1,700,000,000 barrels
# 33 Sudan: 1,600,000,000 barrels
# 34 Congo, Democratic Republic of the: 1,538,000,000 barrels
# 35 Colombia: 1,492,000,000 barrels
# 36 Brunei: 1,255,000,000 barrels
# 37 Denmark: 1,230,000,000 barrels
# 38 Romania: 1,055,000,000 barrels
= 39 Mauritania: 1,000,000,000 barrels
= 39 Burma: 1,000,000,000 barrels
# 41 Trinidad and Tobago: 990,000,000 barrels
= 42 Vietnam: 600,000,000 barrels
= 42 Uzbekistan: 600,000,000 barrels
# 44 Azerbaijan: 589,000,000 barrels
# 45 Italy: 586,600,000 barrels
# 46 Thailand: 583,000,000 barrels
# 47 Equatorial Guinea: 563,500,000 barrels
# 48 Cuba: 532,000,000 barrels
# 49 Bolivia: 458,800,000 barrels
# 50 Germany: 395,800,000 barrels
Dicatat oleh PAS Cawangan Bukit Sentosa 2
Sumber indah.com 6 Jun

P/S: Kenapa kat Malaysia harga minyak mahal sangat sedangkan kita tergolong negara pengeluar minyak??