Tuesday, December 8, 2009

Senarai Orang Kaya Di Malaysia

Dicilok Blog N51 Pasir Panjang

1. Robert Kuok - $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)


2. Ananda Krishnan - $7.2 billion (Maxis, Astro)


3. Lee Shin Cheng - $5.5 billion (IOI Group)


4. Teh Hong Piow - $3.5 billion (Public Bank)

5. Lee Kim Hua & family - $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)


6. Quek Leng Chan - $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)


7. Yeoh Tiong Lay & family - $2.1 billion (YTL Corp)


8. Syed Mokhtar AlBukhary - $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)


9. Vincent Tan - $1.3 billion (Berjaya Group)


10. Tiong Hiew King - $1.1 billion (Rimbunan Hijau)


11. Azman Hashim - $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)


12. William H. J. Cheng - $660 million (Lion Group, Parkson)


13. Lee Swee Eng - $495 million (KNM Group)


14. Ong Beng Seng - $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)


15. Lim Kok Thay - $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)


16. Vinod Sekhar - $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)


17. Lee Oi Hian - $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)


18. Yaw Teck Seng - $295 million (Samling Group)


19. Anthony Fernandes - $290 million (AirAsia, Tune Hotels)



20. Mokhzani Mahathir - $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir)


21. Kamarudin Meranun - $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandes’s lover *grin*)


22. Jeffrey Cheah - $275 million (Sunway Group)


23. Lee Hau Hian - $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)


24. Chong Chook Yew - $245 million (Selangor Properties, widow – son is MD now)


25. Yaw Chee Ming - $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)


26. G. Gnanalingam - $230 million (Westports Malaysia)


27. Lim Wee Chai - $200 million (Top Glove, world’s largest rubber gloves manafacturer)

28. Kua Sian Kooi - $195 million (Kurnia Asia, insurance)


29. Lau Cho Kun - $185 million (Malaysian Mosaic)


30. Abdul Hamed Sepawi - $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)


31. David Law Tien Seng - $165 million (Australian iron ore MidWest, T.S. Law Holdings)


32. Tiah Thee Kian - $163 million (TA Enterprise)


33. Liew Kee Sin - $160 million (SP Setia)


34. Ahmayuddin bin Ahmad - $155 million (Westports Malaysia)


35. Eleena Azlan Shah - $150 million (Gamuda – largest individual shareholder)


36. Lin Yun Ling - $145 million (Gamuda – founder and MD)


37. Ong Leong Huat - $130 million (OSk Group)


38. Lim Thian Kiat - $115 million (former head of Multi-Purpose)


39. Khoo Kay Peng - $110 million (MUI, U.K. retailer Laura Ashley)


40. Nazir Razak - $100 million (Bumiputra Commerce Holdings, brother of deputy PM)
Dicatat oleh aloha2 di 15:13

Maklumat disadurkan dari http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com
TQ bro blogger

Fikir-fikirkanlah...

Harta Bekas Timbalan Ketua Polis Negara,Allahyarham Tan Sri Jaafar Abdul

ADA setengah orang berbangsa Melayu cukup bernasib baik.Allahyarham Tan Sri Jaafar Abdul, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, adalah salah seorang daripadanya.

Terpampang di dada akhbar hari ini pertikaian antara abang Jaafar dan anaknya Jeffri melibatkan harta peninggalan Jaafar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, yang bernilai RM47.3 juta.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20091204111611/Article/index_html

Pecahan RM47.3 juta ini antaranya adalah seperti berikut:

http://mmail.com.my/category/tags/tan-sri-jaafar-abdul

i) Hartanah di Muar bernilai RM9.7 juta.
ii) Simpanan Tabung Haji RM3.8 juta.
iii) Amanah Saham Wawasan RM6.5 juta.
iv) Amanah Saham Didik RM1.3 juta.
v) Simpanan Bank Rakyat RM2 juta.
vi) Akaun Simpanan Tetap (i) BSN RM1 juta
vii) Akaun Simpanan Tetap (ii) BSN RM1 juta.
viii) Akaun Simpanan Tetap (iii) BSN RM1 juta


Maklumat ini diadaptasikan dari web http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/
TQ bro blogger


Renung-renungkan....

Tuesday, November 10, 2009

Memahami Isu Penangkapan Dr Asri

Oleh: Yusri Mohamad


“Tulisan ini asalnya bertujuan sebagai respons khusus kepada dua tulisan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dalam Mingguan Malaysia yang bertajuk Fitnah dan Perjuangan dan Sejarah Akan Berulang. Bagaimanapun, oleh kerana sekarang ini pandangan masyarakat lebih tertumpu kepada isu penangkapan beliau, wajarlah di sini kita soroti persoalan Dr. Asri secara lebih umum.

Apabila berita beliau ditahan tersebar, tidak kurang yang simpati kerana asas penangkapannya, iaitu mengajar tanpa tauliah dirasakan terlalu kecil.

Mereka yang lebih mengenali dan analitikal terhadap Dr. Asri pula beranggapan sememangnya beliau tidak wajar dibenarkan bebas menyebarkan pandangannya. Terlepas daripada soal wajar atau tidaknya Dr. Asri ditangkap, undang-undang yang mewajibkan tauliah untuk mengajar agama Islam tidaklah perlu dipertikaikan.

Undang-undang itu bukan sahaja bertujuan untuk memastikan hanya mereka yang berkelulusan dibenarkan mengajar. Ia juga bertujuan agar mereka yang tidak sesuai dan layak, dapat dihalang daripada mengajar walaupun mempunyai pelbagai kelulusan dan gelaran akademik. Jika ada yang tidak sesuai dan layak tetapi masih berdegil untuk mengajar walaupun telah diberi amaran, maka tidak salahlah tindakan penangkapan diambil jika dirasakan perlu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa pula seorang seperti beliau dikatakan tak sesuai dan tidak layak mengajar? Jawaban pokok kepada soalan ini adalah, Dr. Asri sebenarnya mewakili dan menjuarai suatu aliran pemikiran yang tidak selari dengan fahaman Islam sebenar atau yang biasa dinamakan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Oleh kerana fahaman Islam ASWJ menjadi pegangan asas para ulama dan pihak berkuasa agama di semua negeri, maka Dr. Asri dalam banyak hal menjadi tokoh yang sangat kontroversial kerana beliau sering menimbulkan pandangan yang mengelirukan masyarakat dan secara langsung atau tidak, menggugat kestabilan hidup beragama di negara kita.

Oleh kerana beliau jelas mengambil pendekatan bertentangan dengan arus perdana Islam di Malaysia, tidak hairanlah beliau diminati oleh sebahagian tokoh, individu dan organisasi yang sememangnya prejudis terhadap arus perdana Islam di Malaysia. Beliau turut diminati oleh mereka yang cenderung terlebih liberalis, rasionalis dan ‘pemberani’ dalam soal-soal agama kerana mereka ini juga terasa terbatas dengan kuatnya arus perdana Islam ASWJ di Malaysia.

Dr. Asri juga menerima dokongan atau sekurang-kurangnya simpati segelintir tokoh agama dan orang politik yang memang sealiran dengan beliau. Aliran Islam yang diperjuangkan oleh Dr. Asri boleh digelar pelbagai nama walaupun beliau sendiri cenderung menggunakan istilah yang bunyinya lebih positif seperti ‘tajdid’ atau ‘kaum muda’ serta mengelakkan istilah yang lebih kontroversi seperti ‘Wahhabi’.

Apa pun labelnya, hakikatnya aliran ini memang wujud di dunia Islam walaupun merupakan aliran minoriti umat Islam yang majoritinya beraliran ASWJ. Perlu diingat para pendokong aliran ini sendiri sering mendakwa bahawa aliran mereka adalah aliran ASWJ sebenar. Antara ciri utama aliran ‘kaum muda’ seperti yang dipegang oleh Dr. Asri ini adalah kecenderungan merujuk terus kepada nas-nas al-Quran dan sunah tanpa mengutamakan tafsiran dan ijma’ para ulama. Kecenderungan ini membawa kepada penolakan terhadap kebakuan fiqh Mazhab yang empat, akidah ‘Ash’aari- Maturidi dan kerohanian tasawuf.

Pegangan

Di Malaysia, sejak awal lagi aliran ASWJ telah menjadi pegangan majoriti dan aliran yang dominan. Pun begitu, minoriti individu dan tokoh yang cenderung kepada aliran ‘kaum muda’ sudah ada sebelum munculnya Dr. Asri lagi. Mereka ini berada di pelbagai tempat tetapi mereka umumnya tahu diri dan tidak cuba mencabar secara agresif aliran perdana ASWJ. Bagaimanapun, fenomena Dr. Asri yang agresif dan lantang itu dilihat telah menyuntik keberanian kepada pengikut aliran ini untuk turut cuba mencabar dominasi fahaman ASWJ di Malaysia.

Dalam ‘perjuangan’ mendominasikan alirannya, Dr. Asri banyak bergantung kepada bakat pidato dan penulisannya berjubahkan nas-nas al-Quran dan sunah yang terpilih dengan tafsiran yang selari dengan alirannya. Beliau juga sering berselindung di sebalik tokoh-tokoh ulama terkenal sama ada dengan memilih pandangan tertentu yang memihak kepadanya sahaja serta mengaburkan aspek kontroversi tokoh-tokoh tersebut. Inilah yang sering beliau lakukan dengan tokoh-tokoh seperti Ibnu Taymiyyah, Ibnul Qayyim, Muhammad Ibn Abdul Wahab, Yusuf al-Qaradhawi dan Hamka.

Dalam dua tulisan terbarunya, Dr. Asri cuba bersandar kepada populariti Hamka dan ayahnya yang turut membawa aliran pembaharuan dalam masyarakat Islam Indonesia. Mungkin Dr. Asri ingin mengatakan bahawa beliau sebanding dengan Hamka, ditentang kerana membawa aliran pembaharuan yang bercanggah dengan ulama tradisi. Seperti biasa, mereka yang tidak meneliti dan pada masa yang sama mengagumi Hamka secara mutlak mungkin termakan dengan hujahnya ini tetapi pada hakikatnya, Hamka juga ada sisi kontroversinya dan bukanlah serba maksum. Kritikan Hamka terhadap ulama Malaysia seperti yang dipetik oleh Dr. Asri bukanlah buah pandangan terbaiknya yang perlu kita telan bulat-bulat. Kita ingin tanyakan kepada Dr. Asri, apabila beliau memetik kata-kata Hamka, “Tidak hairan, sebab feudalisme raja-raja di sana sebagai raja Islam, bersandar kepada ulama kolot yang mengutamakan taklid kepada ulama supaya rakyat taat kepada ulama, ertinya kepada raja, erti kepada Inggeris!”, adakah beliau bersetuju dengan kenyataan ini? Jika betul ia adalah suatu gambaran salah yang menghina bukan sahaja para ulama tanah air, tetapi turut memperlekehkan institusi Raja-raja yang tak dapat dinafikan sumbangannya dalam menaungi agama di negara kita dari dahulu hingga sekarang.

Dari satu sudut lain, mereka yang mengkaji juga akan segera mengakui bahawa nasib sejarah dan realiti Islam dalam perlembagaan dan pentadbiran di Indonesia dan Malaysia jelas berbeza. Di Indonesia, Islam gagal diperuntukkan secara rasmi dalam perlembagaan sehingga urusan agama tidak dapat dikawal dengan kemas oleh undang-undang dan institusi rasmi.

Teman-teman yang prihatin dari Indonesia sering mengeluh bahawa inilah suatu kelebihan Islam di Malaysia berbanding dengan negara mereka yang akhirnya menyumbang kepada kerencaman yang melampau dan kurangnya kesepaduan umat Islam Indonesia. Kita patut tanyakan Dr. Asri, adakah beliau mahu kita mencontohi Indonesia dalam aspek ini dan melemahkan lagi kesatuan suara dan rasa umat Islam di Malaysia?

Sesiapa pun yang sedia mengkaji secara tekun dan jujur segala ucapan, tulisan dan sikap Dr. Asri (yang kebanyakannya boleh didapati di laman webnya) dengan berlatarbelakangkan pertembungan aliran ASWJ dan aliran-aliran pinggiran, akan segera banyak menemukan pola-pola pemikiran yang bertentangan dengan jumhur (majoriti) umat. Taklid dan hormat kepada tokoh ulama dan mazhab ditentang hanya untuk digantikan secara halus dengan taklid kepada tokoh dan alirannya sendiri. Dr. Asri juga sering menyeru kepada minda yang terbuka tetapi pada masa yang sama sering mempermasalahkan perbezaan pandangan dalam isu-isu ranting hingga menimbulkan ketegangan sesama Islam. Pandangan mazhab dan jumhur ulama kerap digambarkan sebagai ketinggalan dan jumud sedangkan dalam pelbagai persoalan lain aliran ini jauh lebih ketat dan keras daripada pandangan jumhur ulama.

Tulisan ini bukanlah sebuah perbahasan terperinci fenomena Dr. Asri tetapi cuba melakarkan suatu gambaran besar tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku. Gambar yang terhasil sebenarnya amat membimbangkan. Jika tidak berhati-hati, umat Islam di Malaysia yang sudah parah menanggung perpecahan mengikut garis kefahaman politik mungkin akan dirumitkan lagi dengan perpecahan aliran agama melibatkan ketiga-tiga sendi iaitu tauhid, Fikah dan tasawuf. Emosi dan simpati semata-mata tidak memadai untuk mencari sikap yang tepat dalam isu ini.

Dalam mabuk lagu perubahan dan pembaharuan yang dimainkan oleh Dr. Asri dan teman-teman sealirannya, kewibawaan kerangka fahaman agama serta keutuhan suara umat Islam boleh terhakis. Jika tidak berhati-hati kita akan mengulangi kesilapan isteri Aladdin yang termakan pujukan si tukang sihir jahat lalu menukarkan lampu lama yang penuh kesaktian dengan lampu baru yang hanya hebat luarnya tapi kosong isinya. Wallahualam.



Yusri Mohamad ialah Naib Presiden, Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM)
dan Bekas Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Dipetik dari blog ibrahimbaba.wordpress.com

MAZA mendapat sokongan Mariana dan SIS



NOTA: Artikal ini saya petik dari web ibrahimbaba.wordpress.com. Saya rasa amat tertarik sekali menyebabkan saya masukkan dlm blog saya. Mohon diberi keizinan. Terima kasih.

Tajuk: MAZA mendapat sokongan Mariana dan SIS

Pelbagai berita telah melaporkan bahawa Marina Mahathir dan Zainah Anwar Sisters-in-Islam (SIS) hadir memberi sokongan kepada bekas Mufti Perlis, Asri Zainal Abidin (MAZA), di Mahkamah Rendah Syariah semalam.

Sukar untuk IB fahami kalau MAZA yang begitu keras dalam isu-isu khilaf yang furu’ dalam perbezaan pendapat ulama’ boleh berkerjasama dalam puak-puak SIS. Tidak pula dia lantang dalam menghentam Zainah dan Marina. Yang dihentam ulama’-ulama’ tradisional arus perdana Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Perkara pelik seperti ini mengundang persoalan. Kalau doa qunut dan bacaan Yaasiin dibidaahkan bagaimana pula boleh bersengkongkol dengan pandangan ultra-liberal SIS? Apa agenda sebenar puak-puak yang dilabelkan sebagai wahhabi ini?

Sekian, IB

… ada yang minta bukti gambar “… jangan tuduh sebarangan“. Berikut ini dapat menjelaskan (dipetik dari blog-blog lain):

Thursday, November 5, 2009

Sastera Nota Kehidupan: NASIB SEORANG PESARA


Gambar ditampalkan sebagai hiasan sahaja

Siri Teladan: Nasib Seorang Pesara

Haji Zaid (bukan nama sebenar) adalah seorang pesara yang telah bersara beberapa tahun yang lalu. Jawatan terakhirnya sebelum bersara adalah Ketua Kerani dalam sebuah jabatan kerajaan. Dia mempunyai 7 orang anak iaitu 3 perempuan dan 4 lelaki. Semua anak-anaknya sudah berumah tangga dan mempunyai anak masing-masing. Ketika sihatnya Haji Zaid lebih menonjol sebagai orang yang kaya cucu. Memang ramai cucunya. Ada diantara cucunya juga sudah berumah tangga. Sebagai kepala keluarga Haji Zaid boleh dianggap berjaya mendidik anak-anaknya kerana ramai anak-anaknya berjaya dalam pelajaran dan kerjaya masing-masing. Paling-paling lekeh anaknya bukanlah seorang buruh kasar tetapi seorang pegawai juga sekadar kelulusan politeknik. Oleh itu Haji Zaid amat dihormati kerana kesungguhannya memberi pelajaran kepada anaknya hingga setiap anaknya berjaya dan hidup senang dengan pendapatan masing-masing.

Setelah bersara dan anak-anaknya mempunyai rumah masing-masing tinggallah Haji Zaid bersama isterinya di sebuah rumah teres kos sederhana. Mereka kesunyian cuma hujung minggu adalah sorang dua anak atau cucunya datang menjenguk mereka. Haji Zaid tidak kisah kerana dia dan isterinya masih dan mampu memandu kereta kerumah anak-anaknya jika terasa rindu kepada anak-anak dan cucunya.

Tujuh tahun selepas bersara tanpa diduga Haji Zaid di serang angin ahmar menyebabkan dia menjadi lumpuh seluruh anggota. Pada awalnya anak-anaknya menghantarnya ke hospital swasta agar dapat diubati dan supaya sembuh dengan segera. Tapi malangnya tidak banyak perubahan atau pemulihan pada anggotanya. Kos rawatan di hospital swasta semakin meningkat. Ini menimbulkan cakap-cakap belakang di kalangan anak-anaknya siapa mahu bayar kos hospital yang semakin hari semakin tinggi. Apabila cadangan supaya berkongsi sama rata diusulkan ada anak-anaknya menolak dengan berbagai alas an. Tidak ada saving lah.. gaji tak cukup kena bayar hutang lah… itulah… inilah… alasan mereka. Ada juga anak-anaknya yang memarahi Angahnya kerana menghantar bapa mereka ke hospital swasta. Dituduh Angahnya pandai-pandai buat keputusan tanpa berbincang terlebih dahulu. Akhirnya Haji Zaid terpaksa mengeluarkan wang simpanannya yang diperolehi dari gratuity pencen dan EPF yang disimpan sejak bersara dulu. Bila duit itu tidak cukup barulah anak-anaknya top up supaya mencukupi.

Keluar dari situ Haji Zaid dihantar ke hospital kerajaan pula. Oleh kerana dia pesara maka tidaklah banyak perbelanjaan rawatan semasa di hospital kerajaan. Lama juga dia berada di hospital kerajaan. Mula-mula berada di sana kerap juga anak-anak dan cucu datang melawat. Tapi apabila sudah lama semakin hari semakin jarang anak-anak datang menjenguknya. Berbagai alasan diberikan seperti sebok, letih dan sebagainya. Sebagai seorang ayah yang lumpuh anggota tentulah sedih, jiwa tertekan, kecewa, rindu apabila anak-anak cucu tidak menampakan muka. Setiap hari hanya isterinya sahaja yang setia menunggunya di sisi katil wad sakitnya. Haji Zaid mengeluh juga dan amat kecewa terhadap tingkah laku anak-anaknya akhir-akhir ini. Setiap masa titisan air mata bergenang di kelopak matanya yang ketara kedut dan cengkung itu. Ada juga isterinya menelefon anak-anaknya supaya datang. Bila telefon baru datang… lama kelamaan bosan juga isterinya.

Setelah tidak ada tanda-tanda sembuh Haji Zaid pulang ke rumahnya untuk meneruskan kehidupannya yang lumpuh. Semasa di rumahnya juga keadaan yang sama berulang. Anak-anaknya jarang benar balik untuk menziarahi ayah mereka yang lumpuh atau menziarahi ibu mereka yang juga sudah tua yang terpaksa memikul tanggung jawab menjaga ayah mereka. Jiran-jiran sebelah rumah hanya mampu bersimpati dan menahan sedih bercampur geram terhadap kerenah anak-anak Haji Zaid yang sudah mula tidak bertanggung jawab. Yang berpangkat sebok dengan tugasnya. Yang lain pula dengan alasan dan urusan sendiri yang sengaja dibuat-buat. Isteri Haji Zaid lah yang memasak makanan untuk suaminya, mencuci pakaian, menyalin “pampers” suaminya, mencuci najis, memapah untuk memandikannya, berjaga di waktu malam dan semuanya.

Kadang kala bila ada sekali sekala anak-anaknya datang disuruh juga oleh Mak Jah (isteri Haji Zaid) supaya menyalin “pampers” dan membasuh najis ayah mereka. Malangnya semua anaknya menolak kerana tak sanggup. Sengaja mereka membuat alasan kononnya takut terlihat kemaluan ayah mereka yang memungkinkan ayah mereka malu. Tapi tidak ada helah yang amat menyedihkan melainkan seorang anaknya sanggup mengeluarkan alasan tidak sanggup kerana najis ayahnya “terlalu busuk”. Mendengar alasan itu hati Mak Jah remuk bagai digilis keretapi.

Selepas dua tahun Haji Zaid dan Mak Jah menderita hidup sengsara keadaan tidak diduga berlaku. Zahirnya Haji Zaid yang sakit dan lumpuh sebaliknya Mak Jah dahulu yang diambil oleh Allah swt kembali mengadapNya. Mak Jah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam bilik mandi rumahnya tanpa disedari oleh suaminya yang terlantar di katil. Kematian Mak Jah akibat kemalangan. Dia tergelincir jatuh disebabkan lantai bilik mandi menjadi licin oleh sabun yang dikeluarkan dari mesin basuh. Kepalanya terhantuk kepada bucu lantai dan dia mati di situ.

Kematian Mak Jah menjadikan jiwa Haji Zaid tertekan hebat. Dia menjadi tidak keruan. Kerap meracau dan sering menangis berseorangan. Dia sudah jarang bercakap dan lebih banyak berdiam diri. Makan bila hanya dipaksa. Minum bila hanya disuap.

Kematian Mak Jah lebih menyerlahkan sikap buruk anak-anak mereka. Kata putus bagi menjaga ayah mereka tidak pernah dicapai. Yang berpangkat besar memberi alasan rumah banglonya tidak ada bilik khas untuk ayahnya. Setiap bilik sudah didiami oleh anak-anak dan orang gaji. Yang lelaki lainnya menghadapi masalah isterinya yang tidak sanggup menjaga bapa mertua. Jijik dengan najis. Yang anak perempuan pula mana mungkin boleh menjaga kerana mereka semuanya bekerja dan sebok dengan urusan dan bisnes. Akhirnya seorang jiran yang prihatin dari dulu mengambil berat menawarkan keikhlasan untuk menjaga ayah mereka dengan syarat dibekalkan ubat dan “pampers” kerana dia bergaji kecil dan tidak mampu. Pucuk dicita ulam pun tiba. Tawaran diterima sebulat suara malah anak-anak Haji Zaid offer lagi dengan sedikit gaji sebagai imbuhan. Maka berpindahlah Haji Zaid dari rumahnya ke rumah jirannya bagi menghabiskan sisa-sisa hidupnya.
Keengganan anak-anak menjaganya paling menyedihkan hati Haji Zaid. Sungguhpun menderita sakit dia masih mampu menahan kesakitan itu tetapi kesakitan dihati melihatkan tingkah laku anaknya lebih menyakitkan. Dia menjadi lebih tersiksa. Selama 13 bulan dia berada bersama jirannya yang menjaga, mempeduli dirinya tanpa mengeluh, berleter, bermasam muka atau menunjukkan sikap benci. Mereka cukup sayang padanya yang tidak dia perolehi dari anak-anaknya. Hinggalah pada suatu hari dia berkata dalam sebak dan tangis kepada jirannya, “Man… Tipah… Pakcik terhutang budi kepada kamu berdua… Pakcik anggap kamulah anak Pakcik dunia akhirat… anak-anak kamu juga cucu Pakcik dunia akhirat…..”.Dia menangis kuat… Dia minta dipanggilkan ketua masyarakat disitu untuk bertemu. Dengan bantuan ketua masyarakat itu dia meminta semua harta dan rumahnya dipindahkan kepada jirannya apabila dia meninggal dunia nanti.

Seminggu selepas berwasiat Haji Zaid menghembuskan nafasnya yang terakhir ditengah-tengah deruman ayat-ayat Yaasin yang berkumandang yang dibacakan oleh penduduk di situ apabila melihatkan keadaannya semakin nazak. Jenazahnya dimandi, dikapan dan disembahyangkan di rumah itu juga dan diimamkan oleh jiran yang menjaganya semasa hidup. Akhirnya jenazahnya disemadikan disisi kubur isterinya yang sentiasa dia rindui.

Selepas kematian. Anihnya, cerita lain yang ditimbulkan oleh anak-anaknya terhadap jiran yang menjaga ayah mereka. Bukan terima kasih yang diberi tetapi fitnah pula yang dilempar. Jiran itu dituduh tidak pernah cukup dengan duit yang mereka beri dan harta ayah mereka pula sanggup dicuri. Jiran yang bijaksana dan ikhlas menghulur pertolongan itu mengambil keputusan menjadikan rumah itu yang sudah diberikan arwah kepadanya sebagai taman asuhan kanak-kanak dan kelas pengajian Al-Quran.

Semuga Allah mencucuri RahmatNya ke atas roh Haji Zaid dan isterinya serta memberkati keluarga En Othman dan Pn Latifah.

Hasil Pengalaman/pemerhatian
~hasil karya matnorlah - untuk Sastera Nota Kehidupan.

Pau Yik Mun Tg Malim




Haaa.. kali ini aku nak cite sikit pasal Pau Yik Mum Pekan Tg Malim Perak nih.. bukannya hapa.. kelmarin aku dan kengkawan ada sikit urusan kat Felda Trolak.. so masa balik ke KL semula tu.. kami singgah jap kat kedai Pau Yik Mun ni.. mula2 nak masuk tu 50-50 juga.. halal ke pau kat kedai nih.. tapi bila nengok ke cashier kaunter ada surat akuan Halal.. so kite org duduk lah sambik oder minuman dan pau nih dlm berbagai inti.. daging.. ayam.. kaya dan kacang.. semua kami nak try..

Member lg satu oder mee kari yik mun...

Fullamak bila dah sampai makanan.. pau dia memang best gile.. bukan saja sedap tapi lembut bro.. kami siap tekan2 lagi atas pau.. lembut beb.. macam kelembutan kulit baby.. betul la.. pau dia memang istimewa.. so patut la dia punya cogankata.. The Famous Tg Malim Pau..

So menu lg satu.. me kari dia pun nampak lain dari yg selalu kita orang makan.. member aku yang oder tadi tu dia kata sedap juga lah... so lain kali aku mai sini nak try mee kari lah pulak...

Kedai Pau Yik Mun ini rupanya memang dah popular kat sini.. dia dah mula operasi dari tahun 1926 lagi dah.. dari zaman belum merdeka.. masa penjajah lagi pau ni dah mula bisnes..

So kalau korang melewati Tg Malim.. leh cuba selera kat sini sekali.. apa salahnya kan.. ye tak.. nak tapau pun boleh beli pau segera ka.. kaya ka.. dan beranika kopi segera juga ada dijual kat kedai ini..

Ni sempat aku snap dua tiga keping gambar guna HP aku...


Adious jumpa lagi.. dlm cite yang lain pulak..

BIODATA RASULULLAH SAW



Tajuk kali ini berkenaan biodata Rasulullah.. artikal ini aku tak tulis.. aku cuma copy & paste dari email yang member forward kat aku.. oleh kerana aku rasa artikal ini bagus untuk disimpan.. so aku ambik inisiatif upload kat blog aku.. selamat ada kat sini dan boleh diualng baca bila2 perlu... so kepada penulis asal.. tak tau sapa dia.. aku ucapkan terima kasih..

BIODATA RASULULLAH SAW
Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah
sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut
kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,
seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran
paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah
kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu
kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi
hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih
mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : S ub uh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja...
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berh ub ung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Z ub air
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Z ub air Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )



اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman
dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona..
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di t ub uhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.

Wasallam..

Friday, October 30, 2009

We've Found Popeye's Mum



Salam..
Apa kabar semua pelayar2 maya? Ada sihat ka???.. bagus ada sihat dan bagus juga kalau tak sihat.. sebab apa bagus.. sebab semuanya datang dan diberikan oleh Allah swt.. kan..

Ni aku nak bagi tau.. tadi buka email.. ada lak member kirim gambar mak popeye.. katanya mak popeye dah dijumpai.. bagus lah kan.. dah lama popeye menderita mencari ibunya.. betapa jauh dan merata2 dia belayar mencari ibu yang dikasihi.. tup tup.. hari ini aku diberitahu bahwa EMAK POPEYE dah ditemui.. syukurlah.. tak lah nanti popeye makan sensorang.. menangis sensorang.. sekurang2nye senang lah bila ada ibu untuk meminang aweknye.. ye tak...

Bila lihat pada gambar tu.. Lawa juga mak dia kan...

Just for fun... ho.. ho.. ho..

Hari ni hari Jumaat.. ade ape2 ke????



Salam.
Saje jer aku berikan tajuk coretan aku kali ni dengan buat sikit pertanyaan.. "Hari ni hari Jumaat.. ada ape2 ke???".. tak dak apa-apa aih... gitu ler agaknya kalau org Kedah menjawab..

Sebenarnya hari Jumaat ni cukup istimewa dalam Islam.. tapi kebanyakan orang Islam buat donno jer.. kenapa kita tidak ambil kisah tentang kehadiran akan hari2 yang kita lalui. Dalam sejarah Islam semua hari dari Ahad, Senin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu semua ada makna dan keistimewaannya.

Kita ambil contoh Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya Fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu : Penciptaan Adam. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga. Pada hari itu juga, dia wafat. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat".

Hadis Riwayat Ibnu Majah & Al-Baihaqi

Ada lagi satu hadis daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda :

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan".

Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim

Manakala menurut Imam Sayuti pula menyebut bahawa pada hari Jumaat,
+ Semua roh-roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul
+ Mayat-mayat akan terselamat dari seksaan kubur.
+ Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur.
+ Api neraka tidak menyala.
+ Semua penduduk syurga akan menziarahi Allah Ta'ala.

Bersabda Rasulullah s.a.w., "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah kemudian pergi ke masjid pada saat yang pertama maka pahalanya seumpama ia berkorban seekor unta. Sesiapa yang pergi ke masjid pada saat yang kedua, pahalanya seumpama ia berkorban seekor lembu. Sesiapa yang keluar pada saat ketiga, pahalanya seumpama ia berkorban seekor biri-biri yang bertanduk. Sesiapa yang keluar pada saat yang keempat, pahalanya seumpama ia berkorban seekor ayam betina. Sesiapa yang keluar pada saat kelima, pahalanya seumpama ia bersedekah sebiji telur. Apabila imam telah keluar untuk membaca khutbah dan para malaikat pun hadir sama untuk mendengarnya."

Begitulah sedikit sebanyak aku kutip hadis2 nabi sebagai pedoman berkaitan hari Jumaat.. aku pun bukan pandai agama pun.. So korang camne? Agak2 korang la kan.. bila mai hari Jumaat korang buat selambe jer atau korang bagi la sikit ambil special hari Jumaat tu? Tuu dia aihh.. majoriti org kita buat tak kisah jer.. yang depa tau hari Jumaat ada sembahyang Jumaat.. tu jer.. pastu ada pulak yg ambil kesempatan.. jgn kata dia nak beri perhatian pd hari Jumaat.. malah yg ponteng sembahyang Jumaat pun ramai tu.. ada pula tu yg kerja pejabat kerajaan (gomen).. hari Jumaat agak panjang la sikit waktu rehat dia.. so ada yang tak gi sembahyang tu.. tapi boleh pula time tu ambil kesempatan tengok wayang cerita org putih.. aduuuhhh... yai.. apa la nak jadi nih... ngam2 ye tamat cerita film waktu masuk pejabat semula.. ha.. ha..

Lagi satu masyarakat melayu dulu2 dah bagi salah tangkapan pd hari Jumaat.. depa dulu2 cukup takut bejalan pada malam Jumaat.. tgh malam dipercayai ada hantu.. ciss.. mengarut sungguh masyarakat melayu dulu2.. kalau korang tak percaya.. tgk film P Ramlee dah bagi info dl siri2 DOREMI.. mlm apa Do.. mlm Jumaat.. depa takut pd hantu.. kan tu menunjukkan masyarakat melayu dulu2 kuat kepercayaan kurafatnya.. tapi la ni dah tak ada dah kot.. tv dulu2 pun kalau malam Jumaat bukan main lagi tayangkan cerita2 hantu yg menyeramkan..

So kengkawan2.. mulai sekarang jom kita berubah kearah kebaikan.. jgn lagi dok percaya yang karut-mARUT berkaitan hari Jumaat.. kalau dulu kita tak pernah mandi sunat Jumaat so mai kita mula amalkan.. kalau dulu kita potong kuku tak kira hari.. so mai kita potong kuku pd pagi Jumaat.. kita juga elok banyak beristighfar pada hari Jumaat,, berzikir dan bersyukur pada pg Jumaat.. berselawat dan mengaji dan lain-lain ibadah..

Sebenarnya byk lagi yang sunat2 boleh kita lakukan pada hari Jumaat.. kalau nak tahu apa yang baik amalan pada hari Jumaat... kena beli buku dan baca la sendiri.. ha.. ha.. ha.. tak kan aku nak list semua kat sini.. korang cari lah sendiri kan...

Anyway.. aku end coretan aku kat sini dulu yek.. jumpa lagi..
Tadaaaa.......

Thursday, October 29, 2009

Santai-santai di Kuching Sarawak



Salam geng.
Tidak ada yang seronok di jiwa kita sebagai bapa.. melainkan apabila melihat anak2 bergumbira.. itu jer.. baru2 ni 20-22 Okt 2009 aku telah membawa anak dan isteri aku juga keluarga ipar aku pergi jalan2 kat Kuching Sarawak.. aku pilih Kuching sebab anak aku Acik kata dia lum pernah g pijak bumi Sarawak.. so tu lah aku pilih Kuching.. g dgn AirAsia.Com jer.. tiket murah.. biasa la AirAsia.. everyone can fly.. ha. ha..

Sesampai jer di Kuching bukan main lagi seronoknye Acik.. Ayah.. ayah.. ni lum lagi pijak bumi Sarawak nih.. sekarang masih simen.. kata Acik sebaik tiba di Kuching Airport..

Tak byk yang boleh dibuat di sana kalau hanya setakat 3D2N jer.. ronda2 bandar Kuching.. pusing sana sini dah abih.. kami cuma sempat gi tgk Orang Utan kat Semenggoh WildLife Centre.. melawat Cat Muzium,..Muzium Etnologi (sejarah semula jadi), Muzium Seni dan ronda2 sikit dah habis masa..

Cuma satu jer kalau gi Kuching ni.. yang pasti tak lupa dibeli.. yang akan dipesan leh kengkawan supaya tolong belikan.. nak tau apa dia?.. Kengkawan pun semasa memesan.. ada yang bila pesan kirim duit sekali dan ramai juga yang pesan dengan air liur jer dulu.. ini yang selalu aku jadi belanja terkeluar bajet nih.. nak buat cam no ye tak? Berkorban apa saja.. kata P Ramlee (dpt TanSri selepas berpuloh tahun meninggal dunia) ha.. ha..

Hah.. apa lagi kalau sampai Kuching.. yang tak miss kena beli tu adalah pertama ikan terubok masin.. kedua kek lapis.. dan yang ketiga paling top.. gambir sarawak.. kek lapis takde masalah.. naik bot jer bayar 50sen dah boleh menyeberang sungai.. gi kat pengusaha kek dan terus beli kek tu.. beli sepuluh free satu.. nak minta kurang harga.. sorry.. tak leh..

Wah.. yang member pesan beli gambir sarawak tu yang susah tu.. berpeluh aku nak tanya.. memang ler byk dijual di tepi2 waterfront tuh.. orang pompuan pun ada yang jual gambir nih.. pompuan muda2 pula tu.. bang beli gambir serawak bang.. pelawanya... aduuhhhh.. yai.. segan silu gua beb.. nak buka mulut.. dah terima amanah dipesan suruh beli.. buat muka selamba bodoohhh jer la.. gua pun tanya berapa harga satu paket... RM10.00 satu paket katanya... so apa lagi aku pun kata... bak sepuluh paket.. cepat2 aku bayar dan bubuh dalam poket.. chauuu... macam Mahmud Jun Pak Maun beli tiket parti muda mudi dlm filem Nasib Do Re Mi... ha.. ha.. oleh sebab aku beli byk paket.. aku dpt 2 paket free.. hadiah katanya sebab beli byk.. ha. ha..ha.. aku nak tanya engkorang sikit la.. agak2 nye lah kan.. orang kat sarawak memang favourite tak guna gambir sarawak nih setiap kali hendak "berdayung"??. Kalau gitu depa selalu guna kan.. adu.. yai.. mem-mem sarawak akan sentiasa "berdayung" dalam keadaan masa yang terlalu lama apabila gambir sebagai pemangkinnya. ha.. ha.. ha..

Yang penting.. pasti depa buas kan.. kan.. bukan buas la bang... depa puuasss...

Lagi satu aku nak share dgn engkorang la.. kan.. drebar kreta sewa yg aku sewa tu all right juga la.. baik betul dia.. Sewa dia pun tak mahal gak bawa family kami 11 orang dgn van dia.. terima kasih Pak Azman kereta sewa..

Ada sikit jer aku nak komen.. kalau nak g Kuching ni.. sebaiknya gi hari Jumaat kerana sempat berada pada hari Sabtu dan Ahad.. Kuching ini pada pendapat aku lah kan.. meriah hujung minggu jer.. hari2 biasa bandar Kuching sebelah malam "mati" sebab tak ada kemeriahan sebelah malam kecuali pada hari Sabti dan Ahad.. baru meriah.. ini juga diakui oleh pekerja hotel atau pemandu teksi.. dia orang pun kata hari biasa tak de ape-ape istimewa..

Then semasa perjalanan balik ke KL.. aku tanya anak aku Acik.. mana best Kuching dgn Kota Kinabalu? Anak aku jawab selamba Kota Kinabalu lagi syok la ayah... aku no komen sebab itu penilaian anak aku yg berumur 11 tahun jer..

Bagi aku.. Kuching ada keistimewaannya dan begitu juga bandar lain Eg. KK, juga ada keistimewaannya.. yang penting aku dan family aku happy....

Yahoo... ya bedabeduuuuu....

Akibat Kelalaian - Kenapa anak sekolah dikorbankan??




Aku cukup sedih tragedi @ kejadian petaka jambatan runtuh di di Pusat Kokurikulum Daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, Perak kelmarin. Lebih sedih bila mangsa jambatan runtuh tu adalah anak-anak sekolah.. sekolah rendah pulak tu.. adu.. yai.. kenapalah begini? Toksah lah duduk komen itu komen ini atau bagi alasan itu atau alasan ini.. pertanggongjawaban terletak kepada pertama kontraktor jambatan dan kedua pihak yang mengeluarkan tender membina jambatan.. tak kira sapa yang keluarkan tender Jabatan Pendidikan ka, JKR ka, Majlis Daerah ka.. sapa-sapa ka.. tapi mereka inilah yang terbabit..

Sapa konsultan yg mereka rojok semasa nak membina jambatan itu.. tok sah dok salahkan bebudak sekolah tu kononnya naik ramai sangat la.. dok goyang2 kan jambatan itu ka.. itu semua tak penting.. kalau jambatan kuat dan buat struktur yang kuat tak akan runtuh nye.. tapi kalau dah buat dengan tak ikut spek atau dengan niat nak menipu sana-sini.. tulah jadinya..

Kena siasat juga ada tak unsur2 rasuah kat situ.. tapi kalau kita tanya pendapat mana-mana pihak mesti depa akan kata mesti ada yang tak kena tu.. mesti ada rasuah tu.. tak percaya cuba gi dengar mana2 orang yang bebual kat kedai2 kopi..

Persoalan yang bermain dl kepala kita
1. Kenapa nama kontraktor yang membina jambatan itu masih tidak didedahkan lagi?
2. Apa susah sangat ka nak bagi tahu nama kontraktor atau masih ada yang nak disembunyikan?
3. Baru dua minggu siap dah diberi kebenaran untuk digunakan? Woi.. simen pun belum kering lagi lah..
4. Benarkah jika kita katakan jambatan itu dibina tergesa2 dan tanpa perancangan yang teliti tetapi hanya sanya semata2 untuk program 1M itu sahaja?
5. Siapa yang membuat pemeriksaan dan memberi kelulusan untuk memastikan jambatan itu sudah boleh digunakan?

Aku amat bersimpati dan bersedih atas bencana ini akibat kecuaian pihak yang sepatutnya bertanggung jawab tapi buat sambil lewa. Hingga saat ini 19 murid selamat, 1 terkorban dan 2 masih hilang dihanyut air deras.. Bagaimanakah perasaan ibubapa terbabit? Akibat kelalaian orang dewasa kenapa anak sekolah dimangsakan?

Cuba fikir dan renung2kan jika perkara ini terjadi kepada anak sendiri????

Wednesday, October 28, 2009

Salam Perkenalan Untuk Semua





Hari ini aku baru jer sekejap ni sign blog untuk aku.. walau pun agak terlambat dlm dunia blog ni namun aku rasa tak tertinggal juga lah.. org lain dah puas ber blog tapi aku baru nak merangkak dan mencuba.. so inilah nota kehidupan yg first time aku tulis sebagai percubaan dan permulaan..

Sebenarnya tak byk yang aku nak cerita dlm first story ini.. hanya sekadar nak cuba2 taip dan buat posting sebab nak tengok apa akan jadi paparannya..

Aku orang baru so byk ilmu yang aku tak ada berbanding dengan org lain yang dah ke depan.. so maaflah bebanyak2 dlm tulisan ini.. aku alu2 kan komen dan pandangan semua yang telah menziarah blog ini..

Thanks untuk semua...
Nota2 Kehidupan dari....Matnor..