Friday, October 30, 2009

Hari ni hari Jumaat.. ade ape2 ke????



Salam.
Saje jer aku berikan tajuk coretan aku kali ni dengan buat sikit pertanyaan.. "Hari ni hari Jumaat.. ada ape2 ke???".. tak dak apa-apa aih... gitu ler agaknya kalau org Kedah menjawab..

Sebenarnya hari Jumaat ni cukup istimewa dalam Islam.. tapi kebanyakan orang Islam buat donno jer.. kenapa kita tidak ambil kisah tentang kehadiran akan hari2 yang kita lalui. Dalam sejarah Islam semua hari dari Ahad, Senin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu semua ada makna dan keistimewaannya.

Kita ambil contoh Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya Fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu : Penciptaan Adam. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga. Pada hari itu juga, dia wafat. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat".

Hadis Riwayat Ibnu Majah & Al-Baihaqi

Ada lagi satu hadis daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda :

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan".

Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim

Manakala menurut Imam Sayuti pula menyebut bahawa pada hari Jumaat,
+ Semua roh-roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul
+ Mayat-mayat akan terselamat dari seksaan kubur.
+ Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur.
+ Api neraka tidak menyala.
+ Semua penduduk syurga akan menziarahi Allah Ta'ala.

Bersabda Rasulullah s.a.w., "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah kemudian pergi ke masjid pada saat yang pertama maka pahalanya seumpama ia berkorban seekor unta. Sesiapa yang pergi ke masjid pada saat yang kedua, pahalanya seumpama ia berkorban seekor lembu. Sesiapa yang keluar pada saat ketiga, pahalanya seumpama ia berkorban seekor biri-biri yang bertanduk. Sesiapa yang keluar pada saat yang keempat, pahalanya seumpama ia berkorban seekor ayam betina. Sesiapa yang keluar pada saat kelima, pahalanya seumpama ia bersedekah sebiji telur. Apabila imam telah keluar untuk membaca khutbah dan para malaikat pun hadir sama untuk mendengarnya."

Begitulah sedikit sebanyak aku kutip hadis2 nabi sebagai pedoman berkaitan hari Jumaat.. aku pun bukan pandai agama pun.. So korang camne? Agak2 korang la kan.. bila mai hari Jumaat korang buat selambe jer atau korang bagi la sikit ambil special hari Jumaat tu? Tuu dia aihh.. majoriti org kita buat tak kisah jer.. yang depa tau hari Jumaat ada sembahyang Jumaat.. tu jer.. pastu ada pulak yg ambil kesempatan.. jgn kata dia nak beri perhatian pd hari Jumaat.. malah yg ponteng sembahyang Jumaat pun ramai tu.. ada pula tu yg kerja pejabat kerajaan (gomen).. hari Jumaat agak panjang la sikit waktu rehat dia.. so ada yang tak gi sembahyang tu.. tapi boleh pula time tu ambil kesempatan tengok wayang cerita org putih.. aduuuhhh... yai.. apa la nak jadi nih... ngam2 ye tamat cerita film waktu masuk pejabat semula.. ha.. ha..

Lagi satu masyarakat melayu dulu2 dah bagi salah tangkapan pd hari Jumaat.. depa dulu2 cukup takut bejalan pada malam Jumaat.. tgh malam dipercayai ada hantu.. ciss.. mengarut sungguh masyarakat melayu dulu2.. kalau korang tak percaya.. tgk film P Ramlee dah bagi info dl siri2 DOREMI.. mlm apa Do.. mlm Jumaat.. depa takut pd hantu.. kan tu menunjukkan masyarakat melayu dulu2 kuat kepercayaan kurafatnya.. tapi la ni dah tak ada dah kot.. tv dulu2 pun kalau malam Jumaat bukan main lagi tayangkan cerita2 hantu yg menyeramkan..

So kengkawan2.. mulai sekarang jom kita berubah kearah kebaikan.. jgn lagi dok percaya yang karut-mARUT berkaitan hari Jumaat.. kalau dulu kita tak pernah mandi sunat Jumaat so mai kita mula amalkan.. kalau dulu kita potong kuku tak kira hari.. so mai kita potong kuku pd pagi Jumaat.. kita juga elok banyak beristighfar pada hari Jumaat,, berzikir dan bersyukur pada pg Jumaat.. berselawat dan mengaji dan lain-lain ibadah..

Sebenarnya byk lagi yang sunat2 boleh kita lakukan pada hari Jumaat.. kalau nak tahu apa yang baik amalan pada hari Jumaat... kena beli buku dan baca la sendiri.. ha.. ha.. ha.. tak kan aku nak list semua kat sini.. korang cari lah sendiri kan...

Anyway.. aku end coretan aku kat sini dulu yek.. jumpa lagi..
Tadaaaa.......

No comments:

Post a Comment