Friday, April 29, 2011

Bertudung tapi tapi berbogel....

Kali ini aku nak publish pula beberapa gambar yg kengkawan email kat aku.. pastu aku simpan sebagai koleksi yang aku sebut "BERTUDUNG TAPI BERBOGEL".. So di sini aku nak berpesan kepada diri aku, keluarga dan terutamanya padaanak isteri aku supaya jangan buat camni dlm gambar ni... memalukan keturunan keluarga kita...

Bila berpakaian biarlah bersopan dan menutup aurat.. bukan tutup aurat cacamarba spt yang dipaparkan dalam gambar2 ni....

So kena jagalah maruah keluarga lebih2 lagi maruah diri sendiri...

Bila tgk gambar... insaflah.. jagalah maruah kita umat Islam..

Yg ni fesyen apa ni.. nampak habis rahsia bawah luar dalam..
Ni lagi satu... inikah fesyen org Islam.. hati2 lah bila berpakaian.
Tak ade guna kalau tutup tapi jarang.. sampai nampak yg dalam.
Ini pula tutup rambut tapi lutut tangan buka habis.
Mak ai... byk nye lemak kat bawah tu.
Fesyen sukan terkini kot.
Sebagai suami tegur2 lah.
Sampai nampak G string????
Lain kali hati2 semasa memilih pakaian pengantin... tak ade makna tutup aurat tapi terdedah... dlm masjid pula tu semasa angkat nikah...
Alahai...

Apakah ini trend baru org Islam??.. Astagfirullah..

Apakah ini budaya baru yg diperlakukan oleh umat Islam semasa mereka bernikah dlm masjid??.. Astagfirullah..

Ini pendapat saya berkenaan beberapa insiden yang sering saya lihat diperlakukan oleh pasangan pengantin yang baru lepas akad nikah di dalam masjid. Kalau apa yang saya komen bawah ni tidak sependapat dgn orang lain sasaya minta maaf.

Yang sedihnya kita selalu tgk pasangan pengantin yang melakukan perkara yang tidak elok selepas akad nikah iaitu seperti berciumanan atau berkucupan selepas akad nikah.. kononnya mereka nak buat majlis membatalkan air sembahyang, so menyarunglah cincin/gelang pada pasangan masing2 dan yg tak manisnya selepas itu mereka berkucupan pula dlm ruang solat masjid.... berposing2 pula sambil berkucup lama untuk diambil gambar.. sampai tok imam takleh@tak berani nak kata apa2.. betulkah amalan ini??? Yg saya tahu kita sepatutnya berwuduk apabila berada dalam masjid... ini tak.. kita membatalkan pula wuduk..
Lebih dahsyat lagi cuba tgk gelagat satu pasangan artis yg popular ini yang bekucupan bibir dlm ruang solat masjid selepas akad nikah... betulkah amalan seperti ini????... boleh kah berkucup dalam masjid mcm nih... kalau sekali imbas dah mcm amalan orang kristian.. sebaik saya selepas nikah terus berkucup bibir selepas???????



Aduhai.. apa nak jadi....

Akad Nikah di Masjid Bukan Amalan Nabi???????

Kita umat Islam sekali lagi keliru.. dengan membaca berita hari ini dengan fatwa oleh kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.. katanya.. Akad Nikah di Masjid Menyimpang amalan nabi saw.. katanya ... ” melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka”.... http://www.malaysiakini.com/news/159169.. aduhai keliru lagi la umat islam..

Assalamu'alaikum
PERBAHASAN BERDASARKAN HADIS
Nabi SAW bersabda :
أَعْلِنُوا هَذَا النِّكَاحَ ، وَاجْعَلُوهُ فِي الْمَسَاجِدِ ، وَاضْرِبُوا عَلَيْهِ بِالدُّفُوفِ
Hebahkanlah perkahwinan ini, dan adakanlah di dalam masjid, dan palulah dengan kompang untuk majlis ini.
Diriwayatkan oleh al Baihaqi di dalam Sunan Kubra hadis no. 15095, diriwayatkan juga oleh at Tirmizi di dalam Sunan Tirmizi hadis no. 1009
Imam at Tirmizi menyifatkan hadis ini sebagai Hadis Hassan Gharib.
Syeikh Badruddin al ‘Aini menyatakan di dalam Umdatul Qari bahawa ia juga telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah, an Nasa’ie dan at Thabrani mengikut sanad yang berbeza di dalam kitab masing-masing, dan lafaz yang berbeza-beza.
(Badruddin al ‘Aini, Umdatul Qari Syarh Shahih al Bukhari, terbitan Multaqa Ahlul Hadis, tahun 2006, bil 29, hal. 332)
Ia juga telah ditakhrijkan oleh Ad Dailami (jil.1 hal. 101, hadis no. 335), Ibnu Jauzi di dalam Ilal al Mutanahiah (jil. 2, hal 627, hadis no. 1034) beliau menyatakan hadis ini sangat dha’if (lemah), dan Ibnu Hajar al Asqolani di dalam Fathul Bari (jil. 9, hal. 226) juga menyatakan sanadnya lemah.
(Jalaluddin as Sayuti, Jami’ al Ahadis, jil. 5, hal. 109, hadis no. 3829)
Saya tidak mahu memanjangkan kalam di dalam perkara ini, boleh saya ringkaskan bahawa hadis ini juga telah ditulis di dalam kitab-kitab hadis berikut :
1. Mirqatul Mafatih Syarh Misykatil Masabih, karangan Mula Ali Qari (jil. 29, hal 332)
2. Jami’ al Usul Fi Ahadisir Rasul, karangan Ibnu Athir (jil. 11, hal. 439, hadis no. 8975)
3. Jam’ul Jawami’ karangan Imam Sayuti (jil. 1, hal. 429, hadis no. 170)
4. Kanzul Ummal Fi Sunanil Aqwal Wal Af’al karangan al Muttaqi al Hindi (jil. 16, hal. 291, hadis no. 44535)
5. al Ifsah Fi Ahadisin Nikah karangan Ibnu Hajar al Haitami (jil. 1, hal. 16, hadis no. 25)
6. dan banyak lagi..
PERBAHASAN BERDASARKAN FIQH
Merujuk kepada kata-kata Syeikh Sayyid Syaltut di Masjid al Azhar, beliau pernah berkata :
“Ulama Mazhab lebih arif tentang hadis daripada kita, bahkan mereka juga ahli hadis”

Maka, mazhab menjadi panduan bagi kita dalam mengeluarkan hukum sesuatu. Mereka yang tidak berpandukan mazhab, bahkan hanya merujuk terus kepada hadis Nabi SAW hanyalah dikhususkan oleh mereka yang pakar di dalam bidang tersebut. Ini kerana, untuk memahami hadis bukanlah dengan hanya membaca buku, kemudian terus jadi alim. Ia memerlukan kepada manhaj yang betul, dan panduan para ulama’.

Saya akan senaraikan beberapa perbahasan ulama Mazhab tentang akad nikah di dalam masjid :

Pertama : Mazhab Hanafi
Di dalam kitab al Bahrur Ra’iq Syarh Kanzid Daqa’iq (jil. 7, hal. 461) karangan Ibnu Najim al Misri, beliau berkata :
وَأَشَارَ الْمُصَنِّفُ بِكَوْنِهِ سُنَّةً أَوْ وَاجِبًا إلَى اسْتِحْبَابِ مُبَاشَرَةِ عَقْدِ النِّكَاحِ فِي الْمَسْجِدِ لِكَوْنِهِ عِبَادَةً

Pengarang (kitab Kanzud Daqa’iq karangan Imam Hafizuddin an Nasafi) menunjukkan bahawa menjadi perkara sunat, ataupun wajib kepada menggalakkan akad nikah di dalam masjid, kerana ia adalah sebagai satu ibadah

Az Zaila’ie menukilkan kalam al Kamal, di dalam kitab Tabyinul Haqa’iq (jil. 5, hal. 192) mengulas hadis di atas

وَيُسْتَحَبُّ مُبَاشَرَةُ عَقْدِ النِّكَاحِ فِي الْمَسْجِدِ ؛ لِأَنَّهُ عِبَادَةٌ

Dan digalakkan melakukan akad di dalam masjid, kerana ia adalah satu ibadah

Juga dinyatakan di dalam kitab karangan ulama mazhab lain di dalam kenyataan ini seperti ad Durrul Mukhtar Wa Raddul Muhtar, Fathul Qadirkarangan Ibnu al Humam, Majma’ul Anhar karangan Syaikhi Zadah, Syarhul Kabir karangan Ibnu Qudamah dan banyak lagi.

Kedua : Mazhab Syafi’e

Di dalam kitab I’anatut Thalibin (jil. 3, hal. 273), karangan Abu Bakar ad Dumyati menukilkan ulasan tentang hadis di atas :

واجعلوه في المساجد مبالغة في إظهاره واشتهاره فإنه أعظم محافل الخير والفضل

Dan adakanlah (akad nikah) itu di dalam masjid, iaitu bermeriah dalam menzahirkannya dan menghebahkannya. Sesungguhnya ia adalah sebaik-baik sambutan yang baik dan mulia.

Beliau juga menyatakan di dalam halaman yang sama (jil. 3, hal. 273)

ويسن أن يكون العقد في المسجد

Dan disunatkan akad nikah dilakukan di masjid

Di dalam kitab Tuhfatul Muhtaj Fi Syarhil Minhaj (bah. 43, hal 493), karangan Ibnu Hajar al Haitami mengulas hadis di atas :

أَخَذَ الْبَغَوِيّ وَغَيْرُهُ مِنْهُ أَنَّهُ سُنَّةٌ فِي الْعُرْسِ

Al Baghwi dan lain-lain mengeluarkan hukum daripada mengambil hadis ini (hadis yang disebutkan sebelum ini), bahawa ia adalah perkara sunat di dalam perkahwinan

(ia juga telah dinukilkan oleh Imam Ramli di dalam Nihayatul Muhtaj Ila Syarhil Minhaj, bah. 28, hal. 288)

Ketiga : Mazhab Maliki

Di dalam kitab Mawahibul Jalil Li Syarhi Mukhtasar al Khalil (jil. 5, hal. 26) karangan Syamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Muhammad al Maghribi menyatakan :

وأما العقد في المسجد فعده المصنف وغيره من الجائزات فقال في باب موات الأرض وجاز بمسجد سكنى رجل تجرد للعبادة وعقد نكاح ولم أر الآن من صرح باستحباب العقد فيه من أهل المذهب والله أعلم

Manakala akad nikah di dalam masjid, maka penulis (kitab Mukhtasar al Khalil) dan lain-lain menyatakan bahawa ia adalah diharuskan. Beliau (penulis kitab Mukhtasar al Khalil) menyatakan di dalam Bab Tanah Tandus, dan diharuskan untuk masjid itu, dihuni oleh lelaki yang memfokuskan ibadah semata-mata dalam hidupnya, dan berakad nikah. Dan aku belum nampak ketika ini, sesiapa yang menyebut dengan jelas tentang galakan berakad nikah di situ, dari kalangan ahli mazhab fiqh. WaLlahua’lam.

Jelas, adab seorang ulama apabila mengeluarkan sesuatu kenyataan. Beliau yang bermazhab Maliki menyatakan bahawa akad nikah di dalam masjid diharuskan. Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa tidak mengetahui sekiranya ada di sana mazhab yang menyatakan ia digalakkan.

ULASAN TAMBAHAN

Dinyatakan di dalam kitab Ghamzu Uyunil Basa’ir Fisy Syarhil Asybahi Wan Nazha’ir (bah. 7, hal 122) karangan Ahmad bin Muhammad al Hamawi :

قَوْلُهُ : وَيُسْتَحَبُّ عَقْدُ النِّكَاحِ فِيهِ . كَذَا فِي مُنْيَةِ الْمُفْتِي وَعِبَارَتُهُ عَقْدُ النِّكَاحِ فِي الْمَسْجِدِ لَا يُكْرَهُ بَلْ يُسْتَحَبُّ

Katanya (pengarang kitab Asybah Wan Nazha’ir) : Dan digalakkan berakad nikah di dalamnya (masjid). Begitu juga disebut di dalam kitab Munyatul Mufti dan petikannya : Akad nikah di dalam masjid tidak makruh, bahkan digalakkan.

Di dalam Mausu’ah al Fiqhiyyah al Kuwaitiah, terbitan Kementerian Waqaf, bil. ke 45, no. 28, menyebut :

اسْتَحَبَّ جُمْهُورُ الْفُقَهَاءِ عَقْدَ النِّكَاحِ فِي الْمَسْجِدِ لِلْبَرَكَةِ ، وَلأَِجْل شُهْرَتِهِ فَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : قَال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَعْلِنُوا هَذَا النِّكَاحَ وَاجْعَلُوهُ فِي الْمَسَاجِدِ وَاضْرِبُوا عَلَيْهِ بِالدُّفُوفِ.

Jumhur Fuqaha telah mengharuskan akad nikah di dalam masjid untuk keberkatan, dan untuk menghebahkannya. Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda “Hebahkanlah perkahwinan ini, dan adakanlah di dalam masjid, dan palulah dengan kompang untuk majlis ini”

وَأَضَافَ الْمَالِكِيَّةُ فِي إِجَازَتِهِمْ لِعَقْدِ النِّكَاحِ فِي الْمَسْجِدِ أَنْ يَكُونَ بِمُجَرَّدِ الإِْيجَابِ وَالْقَبُول مِنْ غَيْرِ ذِكْرِ شُرُوطٍ وَلاَ رَفْعِ صَوْتٍ أَوْ تَكْثِيرِ كَلاَمٍ وَإِلاَّ كُرِهَ فِيهِ .

Ulama Mazhab Maliki menambah dalam menghukumkan sebagai harus, bagi akad nikah yang dilakukan di dalam masjid, iaitu hendaklah semata-mata lafaz ijab dan qabul, tanpa menyebut syarat-syarat yang lain, juga tanpa meninggikan suara, atau banyak bersembang. Sekiranya tidak (iaitu sekiranya terdapat unsur-unsur ini) maka, hukumnya makruh.

وَزَادَ الْحَنَفِيَّةُ فِي الْمُخْتَارِ عِنْدَهُمْ : أَنَّ الزِّفَافَ بِهِ لاَ يُكْرَهُ إِذَا لَمْ يَشْتَمِل عَلَى مَفْسَدَةٍ دِينِيَّةٍ فَإِنِ اشْتَمَل عَلَيْهَا كُرِهَ فِيهِ

Ulama Mazhab Hanafi pula menambah kitab al Mukhtar (Durrul Mukhtar Wa Raddul Muhtar) : Sesungguhnya majlis perkahwinan itu tidak makruh sekiranya tidak mengandungi unsur-unsur yang rosak dari perspektif agama. Sekiranya terdapat, maka makruhlah hukumnya.

BILAKAH HUKUMNYA HARAM?

Sepertimana yang telah saya sebutkan, ulama fiqh telah membahaskan begitu panjang lebar tentang akad nikah di dalam masjid. Ia bukanlah satu perbincangan yang baru. Hukum asal bagi akad nikah di dalam masjid, samada harus, sunat atau wajib.

Akad nikah di dalam masjid boleh jadi haram disebabkan beberapa faktor, sepertimana yang telah dinyatakan di dalam Majalah Majma’ Fiqh Islami (bil. 3, hal. 1092)

أما عقد النكاح في المسجد فشيء مندوب، نطقت باستحبابه الأحاديث ولكن ما يصحبه من الرقص، والغناء فلا يجوز أصلًا، فإن كانت حفلات الزواج لا تخلو من هذه المنكرات، فلتجنب المساجد منها

Manakala akad nikah di dalam masjid, ia adalah sesuatu yang digalakkan. Telah disebut galakan tersebut di dalam hadis-hadis. Akan tetapi, apa yang diiringi dengannya unsur-unsur tarian dan nyanyian, maka tidak dibenarkan. Sekiranya majlis perkahwinan itu tidak terlepas daripada unsur-unsur kemungkaran ini, maka hindarilah masjid daripadanya.

Apa yang dinyatakan di sini ialah, akad nikah di dalam masjid itu bukanlah diharamkan. Sebaliknya unsur-unsur yang diselitkan di dalam majlis ini, yang mengandungi unsur haram, maka ia diharamkan. Pengharamannya bukan disebabkan akad tersebut, tetapi disebabkan nyanyian, tarian dan sebagainya.

Juga disebutkan di dalam Majalah Majma’ Fiqh Islami (bil. 3, hal. 1282) :

إذا قلنا يندب عقد النكاح في المسجد ولا تجوز إقامة الحفلات فيها إذا اقترنت بمحظور شرعي كاختلاط إلى آخره

Sekiranya kita mengatakan digalakkan berakad nikah di dalam masjid, maka tidak dibenarkan melaksanakan majlis perkahwinan tersebut apabila disekalikan dengan unsur-unsur yang dilarang oleh syara’ seperti percampuran jantina dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, di dalam kitab al Madkhal karangan Ibnu al Haj (bah. 2, hal. 264) mengajar kita beberapa adab ketika melakukan akad nikah di dalam masjid, tidaklah mengharamkannya semata-mata.

Syeikh Mustafa al Adawiy pula melontarkan sesuatu perkara di dalam Silsilatut Tafsir (jil. 10, hal 18)

صحيح أن المسجد أفضل بقعة، لكن كون جمع الناس في المسجد للعقد أفضل من غيره يحتاج إلى دليل، وقد يكون العقد في أي مكان سواء، فسنة الرسول هي الحكم، وقد عقد الرسول صلى الله عليه وسلم في البيت، وفي المسجد، وتعقد حتى في الطريق، أو في أي مكان بحضور الولي والشهود. هذه هي السنة. لكن أن تعمل العقد في المسجد، وتقول للناس: هذه الصورة الإسلامية للعقد فهذا افتراء على سنة رسول الله عليه الصلاة والسلام

Benar, Masjid itu adalah tempat yang paling baik. Tetapi, menghimpunkan manusia di dalam masjid untuk akad nikah di situ apabila dikatakan lebih baik daripada tempat lain, maka ia perlu bersandar pada dalil. Kadangkala akad di mana-mana tempat pun sama sahaja. Maka, sunnah Nabi SAW itu menjadi hukum. Nabi SAW pernah mengakadkan orang di rumah, dan di masjid. Pernah juga akadkan orang di jalan, ataupun mana-mana tempat dengan kehadiran wali dan saksi. Inilah sunnah. Akan tetapi, apabila akad dilakukan di dalam masjid, lalu kamu pula berkata kepada manusia : Inilah cara Islam untuk akad nikah, maka ia adalah rekaan terhadap sunnah Rasulullah SAW.

Jelas di sini, Syeikh Mustafa Adawiy tidak menafikan bahawa akad di dalam masjid itu adalah sunnah Nabi SAW, sebaliknya beliau menafikan golongan yang cuba mengatakan akad di dalam masjid ini adalah cara Islam, sehinggakan masyarakat memandang serong terhadap akad di rumah, atau di tempat-tempat yang lain.

Alhamdulillah, masyarakat Melayu di Malaysia, tidak pula memandang serong terhadap pasangan yang berakad di rumah. Tetapi, sangat kesal apabila ada golongan yang memandang serong berakad nikah di masjid.

KESIMPULAN

Hadis yang telah dinyatakan di permulaan penulisan ini adalah Hadis Hassan Gharib, yang telah diriwayatkan beberapa ulama’ hadis. Walaupun demikian, para fuqaha’ menggunakan hadis tersebut untuk mengeluarkan hukum berakad nikah di dalam masjid.

Maka, ringkasan hukumnya sepertimana yang dinyatakan :

1. Akad di dalam masjid hukumnya sunat berdasarkan Mazhab Hanafi dan Syafie.

2. Akad nikah di dalam masjid hukumnya harus pada Mazhab Maliki.

3. Hukumnya boleh jadi makruh, sekiranya terdapat di dalam akad nikah tersebut, unsur-unsur yang tidak elok. Sepertimana yang dinyatakan di dalam Mausu’ah al Fiqhiyyah al Kuwaitiah. Akad nikah di dalam masjid semata-mata, tidaklah makruh, sebaliknya unsur-unsur yang digabungkan bersamanya.

4. Hukumnya boleh jadi haram, sekiranya terdapat unsur-unsur haram, sepertimana yang dinyatakan di dalam Majalah Majma’ Fiqh Islami. Akad nikah di dalam masjid semata-mata tidaklah haram, sebaliknya unsur-unsur yang digabungkan bersamanya.

5. Tiada pendapat yang menyatakan akad nikah wajib dilakukan di dalam masjid. Sebaliknya ia boleh dilakukan di mana-mana tempat yang sesuai. Sila rujuk Silsilah Tafsir karangan Mustafa Adawiy.

6. Tiada pendapat yang mengatakan akad nikah haram dilakukan di dalam masjid, kerana Nabi SAW pernah mengakadkan orang di dalam masjid. Maka, tidak mungkin Nabi SAW melakukan perkara yang haram.

Maka, daripada kesimpulan ini, dapatlah kita fahami bahawa Islam mengajar kita supaya “tidak melampau” dan “tidak pula meringan-ringankan”. WaLlahua’lam.

Fikirkanlah....

Thursday, April 28, 2011

The real meaning of car names ;; kelakar habis...

aku dapat email dari seseorang yg bagi meaning beberapa jenama kereta terkenal'''

You got to really give this car names a second thought.......really !!


BMW: Brings Me Women.

LEXUS: Luxury EXports to United States.

FIAT: Failure in Italian Automotive Technology.

FORD: For Only Romantic Drivers

HYUNDAI: Hope You Understand Nothing's Drivable And Inexpensive.

VOLVO: Very Odd Looking Vehicular Object.

PORSCHE: Proof Of Rich Spoiled Children Having Everything.

KIA: Kills In Accidents

OPEL: Old People Enjoying Life

TOYOTA: The One You Only Trust, Always

PROTON: Powerwindow Rosak Oooh Tidaaaakkkk Ohhhh Noooooo!


ha.. ha.. ha..

Wednesday, April 27, 2011

TGNA seorang MB yang zuhud…

Melihat kepada gaya hidup TGNA yang sederhana yang tidak berbangga dengan kemegahan duniawi dan masih tinggal di rumah sendiri spt ini, maka dapatlah kita simpulkan TGNA merupakan seorang hamba Allah yang cukup sederhana dalam kehidupannya.. kalau saya bertanya kepada anda "siapakah tokoh politik dan agamawan serta ulamak tersohor di Malaysia yang pada pandangan anda seorang yang pribadinya cukup mulia, sederhana, mempunyai kepribadian teramat baik, zuhud????... maka siapa yang akan anda jawab.. pada saya tentulah TG Nik Aziz...



Kalau anda seorang berharta maka bandingkan lah.. tentulah rumah anda semua terlebih baik dan mewah dari rumah beliau. Rumah anda ada segalanya yang mewah2 kelas pertama dari marmar lantai diimport hingga kamar tidur umpama kayangan.. tapi saya rasa tidak begitu di rumah TGNA ini... Kalau TGNA orang biasa kita tidak apa sangat tetapi TGNA adalah seorang tokoh politik, ulamak dan seorang Menteri Besar yang lama berada di jawatannya.. tetapi mengekalkan gaya hidup yang sama sejak dulu, tiada kemewahan.. maka TGNA seorang yang zuhud pada pandangan saya..

Pernah orang berkata dan membuat contoh yang demikian.. "Andaikata pencuri masuk rumah pembesar lain di negara kita, pencuri akan jadi kaya tapi andaikata pencuri masuk rumah MB Kelantan dia akan berguling menangis kerana tiada benda dan harta berharga yang boleh di curi dan dia insyaallah akan berubah jadi orang baik kerana di rumah MB Kelantan penuh dengan kitab-kitab dan buku agama."

"Andaikata nak runtuh rumah MB Kelantan haruslah runtuh kerana banyak-nya kitab-kitab di rumah beliau bukan kerana set sofa, plasma tv, dapur kabinet, set hifi dan segala kemewahan."

Kediaman rasmi beliau adalah di JKR-10 di kg Sireh, tetapi beliau gunakan untuk tetamu kerajaan negeri sahaja dan penempatan mangsa-mangsa banjir. Adakah Menteri Besar di negeri lain yg hidupnya seperti ini??? Fikirkanlah..

Bandingkan rumah MB Kelantan sekarang (gambar diatas di Kg Pulau Melaka, Kota Bharu)dengan rumah MB negeri lain.




bezakan,.. dengan mereka-mereka ini

Kenali semua jenis kasut-kasut di pasaran dunia

Cuba perati betoi2 pada gambar kasut yang aku perturunkan ni..
Agak2 mana satu yang design dia jadi berkenan di hati...
Ada macam2 jenis dan bentuk... tapi camana design terbaru pun dipasarkan pastinya.. balik2 camtu jer designnye..



Apakah kasut paling mahai???

Kerana kebodohan - Betapa manusia begitu mudah disesatkan.

TUESDAY, 26 APRIL 2011
SERIUS SHIT - MATINYA SEORANG "TUHAN"
Bila "Tuhan" Mati

Sai Baba.... siapa tak kenal Sai Baba. Seorang lelaki yang dianggap oleh pengikuntnya sebagai jelmaan tuhan dalam rupa manusia. Dalam bahasa sanskrit manusia GODMAN ini dipanggil AVATAR. Ye pembaca sekalian AVATAR ialah bahasa dari langit yang bermaksud "yang turun dari langit ke bumi". Now you know.

So anyway Sai Baba ini mempunyai 30 juta pengikut yang menyembahnya. Bagi mereka Sai Baba memang tuhan kerana bila tak ada bekalan air di Uttar Pradesh si Sai Baba keluarkan duit sendiri untuk buat piping air. Kerjaan India yang useless dan korup langsung tak ada wang nak sediakan bekalan air. Disamping itu juga Sai Baba dikatakan ada kuasa paranormal. Boleh jelmakan rantai. jam dan abu dari telapak tangannya yang kosong. Dia juga boleh memuntahkan bebola emas yang dipanggil Linggam. Kononnnya ianya antipati tuhan.

Meh buy you know me. I think he is a scam artist macam Ayah Pin and I am not the only one. Di India golongan skeptis dah kantolkan Sai Baba gunakan trik silap mata yang cikai nak munculkan objek dari tangannya. Tapi memandangkan di India mereka hendak percaya adanya kewujudan Avatar, pengikut Sai Baba tak mahu dengar penjelasan saintifik. In fact Sai Baba ini ada banyak kes mencabul penganut lelakinya. Disuruhnya mereka memberi seks oral. Ha ha ha. Damn! Tapi kerana dia ada kawan dari golongan terpengaruh kes kesalahan seksual beliau tidak dilayan.

Sai Baba mati ahad lepas akibat kegagalan pelbagai organ dalaman. Beliau berumur 84. Ketika masih hidup dia pernah membuat tilikan kononnnya dia akan hidup sihat dan sempurna sehingga berumur 96 tahun. LOL FAIL! Some GOD you are. In fact dah 6 tahun si Sai Baba ini tak boleh berjalan pasal kaki patah. This is funny because dia claim dia ada kuasa ajaib dan boleh pulihkan kesakitan orang. Tapi bila diri sendiri sakit tak boleh heal. Sounds like Chakra Alam to me! Kematian beliau diratapi jutaan manusia. Di Uttar Pradesh cuti berkabung selama 3 hari diberikan supaya sesiapa yang nak beri pernghormatan terakhir boleh melakukannya. It is really sad to see the poor and the foolish kena kencing macam ni. Semuanya kerana kepercayaan karut marut purbakala. Oleh sebab itulah pemahaman sains dan teknologi itu penting bagi menghapuskan kebodohan secara besar-besaran ini!

If you ask me good thing that he is no longer alive to fool peope with his scam. The bad news is anak sedara dan pengikutnya skang bergaduh nak jadi ketua empayar perniagaan beliau yang bernilai USD 12 Billion! Crazy!


Sebagai umat Islam hendaklah kita menjauhi perkara syirik dan yang mensekutukan Allah swt.

Sumber: Blog serius beb..

Apakah Pelatih Serenti Lebih Untung Daripada Pelajar IPT????

Sumber Pahang Daily Online.

Tuesday, April 26, 2011
Sensasi: Apakah Kewajaran Pelatih Puspen Lebih Dijaga Kebajikannya Oleh Kerajaan Daripada Mereka Yang Menuntut Di Pusat Pengajian Tinggi?

Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop (foto) berhubung kos yang ditanggung kementerian bagi seorang penghuni Puspen, iaitu sebanyak RM19.77 sehari atau RM593.10 sebulan sungguh mengejutkan. Kos tersebut merangkumi perbelanjaan makan minum, emolumen kakitangan dan perkhidmatan serta bekalan. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Mariany Mohammad Yit pada persidangan Dewan Negara semalam. Jika benar apa yang dipertakan oleh Abu seman itu, maknanya dalam tempoh setahun kerajaan Malaysia terpaksa membelanjakan sebanyak RM7,117.20 atau RM14,234.40 untuk tempoh dua tahun pelatih puspen menjalani latihan disitu. Maknanya jika ada yang keluar setelah menamatkan latihan, kemudian mereka menagih semula dan masuk kembali ke puspen kerajaan terpaksa menanggung lagi dua tahun latihan mereka. Ini menjadikan jumlah keseluruhannya ialah RM28,468.80. Bayang jika akhirnya mereka keluar dan kemduian masuk kembali ke situ seperti banyak yang berlaku sekarang, maka tambahan lagi dua tahun diperuntukkan. Maknanya mereka akan menghabiskan masa selama enam tahun di puspen dan kerajaan terpaksa belanjakan kos RM42,703.20 untuk setiap pelatih.

Soalnya sekarang, apakah bila pelatih serenti terbabit keluar dari puspen mereka dikejar dengan hutang piutang yang memaksa mereka membayarnya, seperti yang berlaku kepada graduan IPT?. Bukankah mereka tidak perlu membayar apa-apa walau satu sen pun. Malah ramai dikalangan mereka akan menagih semula. Mereka suka masuk ke puspen kerana katanya kerajaan tanggung kehidupan di situ. Akhirnya mereka mati dan kerajaan tidak dapat apa2 hasil daripada pelaburan yang dibuat itu. Pernahkah kerajaan fikirkan semua ini? Wajarkah para pelajar IPT yang belajar utk menuntut ilmu di menara gading dan menjadi aset berguna untuk pembangunan negara pada masa akan datang tidak pula ditanggung pembelajaran mereka?. Mereka dibebani dgn berbagai hutang seperti MARA, JPA dan pastinya PTPTN. Jika mereka belajar peringkat sijil, kemudian sambung ke diploma dan akhirnya ijazah mereka akhirnya menanggung hutang hingga hampir sama jumlah dengan pelatih puspen itu tadi. Mereka terpaksa membayar balik pinjaman PTPTN. Malah mereka dikenakan berbagai tekanan supaya membayar balik wang tersebut. Adilkah situasi ini?. Mereka yang belajar, kerajaan tidak tanggung, sebaliknya yang menagih dadah ditanggung pula. Maka itu, wajarlah pinjaman PTPTN dijadikan sebagai biasiswa seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara terutamanya untuk pelajar Bumiputra. Usahlah dibebani mereka dengan hutang-piutang sedangkan sebahagian besar mereka itu tidak bekerja atau bekerja diluar bidang tugas mereka. Ramai yang bekerja gunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedangkan kelulusan dari IPT terpaksa disimpan akibat kekurangan peluang pekerjaan.

[Pelajar Melayu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti yang diiktiraf, berhak mendapat biasiswa seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan sebenarnya. Pemberian biasiswa pelajaran adalah antara hak keistimewaan bagi orang Melayu. Pemberian pinjaman di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada pemberian biasiswa. Pinjaman PTPTN adalah untuk kemudahan semua rakyat Malaysia. Jika pinjaman ini menggantikan pemberian biasiswa untuk pelajar Melayu Bumiputera, maka hak keistimewaan orang Melayu telah diketepikan. Sekiranya ada pelajar Melayu bumiputera yang berjaya ke universiti tetapi tidak memperolehi biasiswa, bermakna perkara ini bertentangan dengan semangat dan hasrat yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai Hak Keistimewaan Orang Melayu. Maka itu fikir-fikirkanlah persoalan ini].

Fikirkanlah rasionalnya.....

Tuesday, April 5, 2011

MEMBIAKNYA ANAK LUAR NIKAH.. Salah siapa?????

Antara tanda-tanda akhir zaman ialah lelaki dan perempuan yang melakukan sex bebas atau zina akan bermaharajalela. Paparan statistik yang di bawah dari tahun 1999 sehingga 2003 dipetik dari salah satu akhbar tempatan. Sebanyak 30, 978 dari 70,430 kelahiran anak luar nikah ialah dari anak orang Islam. Nampak gayanya negeri Selangor menduduki tertinggi dengan 12,836 orang. Tetapi ini statistic sehingga 2003 sahaja.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh seorang wanita atau perempuan yang tidak berkahwin dengan lelaki yang memberikan benihnya tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Statistik ini sehingga tahun 2003. Kalau sampai tahun 2009 ni mungkin dah beratus ribu agaknya.

Oleh itu menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa mengawal selia pergaulan anak-anak kita supaya tidak terjebak dalam aktiviti sex bebas ini.

Dalam Al Quran terdapat ayat yang mengharamkan zina yang bermaksud seperti berikut, "..... setiap penzina perempuan dan lelaki hendaklah disebat 100 kali..."


Janganlah kamu mendekati zina!

Monday, April 4, 2011

Pemergianmu Nostalgia Ku

Di saat ku dihimpit keresahan mengingatkan aku kepadamu. Kesunyian yang melanda diri ini menjadikan kenangan lalu sebagai taman ingatan yang bertaburan kuntuman bunga kemboja. Tahun 1995 memisahkan segalanya antara aku dan dia dalam suatu tragedy yang memilukan. Kau kembali kepadaNya tanpa meninggalkan pesanan. Mengimbas kenangan lalu masih segar dalam ingatan ku betapa aku cukup bertuah dapat mendampingi mu. Tapi kita tidak berupaya. Kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya.




Aku dan Munirah (aku panggil Mira saja) menuntut di sebuah universiti yang sama cuma kami menuntut di fakulti yang berlainan. Aku di Fakulti Kejuruteraan sedangkan dia di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Sebenarnya aku dan dia tidak mengenali antara satu sama lain cuma sekali sekala sahaja bilamana secara kebetulan pada suatu hari kami terserempak di kantin untuk makan tengahari di kafetaria universiti. Itulah pertama kali aku melihatnya apabila pada suatu hari dia dan aku berbaris untuk membayar makanan pada kakak cashier kantin tersebut. Entah dimana silapnya, telah berlaku pelanggaran kecil di antara dia dan aku menyebabkan gelas air sirap yang dipegangnya telah tertumpah di atas aku menyebabkan tumpahan itu telah membasahi semua buku-buku ku. Bukan main kesalnya dia hingga berkali-kali memohon maaf kepada ku , "Maafkan saya... maafkan saya.. maafkan saya". Begitulah reaksinya meminta maaf berulang-ulang kali, sedangkan bagi ku tidak merasa apa-apa pun kerana ianya bukanlah disengajakan. Lagi pun ini hanya satu perlanggaran kecil sahaja. Insiden itu berlalu pergi dan berakhir di situ saja. Namun kami tetap tidak mengenali satu sama lain. Saban waktu kami sering terserempak jua. Ada ketikanya di cafeteria kerana membeli makanan atau pun di library ketika kami masuk untuk study atau meminjam buku atau ada kalanya kami terserempak di court tennis. Ada juga beberapa kali kami terserempak secara kebetulan di kedai buku kolej dan pernah juga di stesen bas Kajang ketika menunggu bas bersama untuk pulang ke asrama kolej. Pertemuan sekadar berelisih sahaja menyebabkan aku tidak mengenali namanya dan dia tidak mengenali nama ku. Kami tidak pernah bertegur sapa. Hanya yang kami lakukan adalah sekadar mengukir senyum dan membalas senyuman. Itu saja. Hati ku memang tergerak juga untuk menegurnya tetapi mulut ku kelu, tidak berani berbicara. Setiap kali apabila aku berselisih dengannya di library pun begitu. Aku tidak berani membuka mulut untuk memulakan bicara. Senyum. Mengukir senyuman untuknya. Membalas senyuman yang dia ukirkan untuk ku. Itu saja. Sehinggalah pada suatu hari dia dan aku ditakdirkan duduk di meja yang sama. Ketika itulah kami mula berbicara dan aku tahu namanya Munirah yang kemudian aku panggil Mira saja dan dia memanggilku Am. Dari perkenalan pertama itu menjadikan aku dan Mira agak ramah sedikit dan bilamana tiba waktu makan pagi, tengahari atau makan malam kami acapkali duduk makan bersama. Kami tidak pernah perjanji tetapi setiap hari jam 1:30 tengahari aku akan ke kantin dan Mira pasti ada di sana seakan-akan menungguku. Begitu juga dengan sarapan pagi dan makan malam. Kami pasti dapat makan bersama-sama. Walaupun kami tidak pernah berjanji waktu bertemu antara satu sama lai tatapi seakan-akan kami sudah serasi dan dapat bertemu jua di saat sarapan pagi, makan tengahari ataupun makan malam. Lain-lain pertemuan tidak ada dan kami sekadar kenal-kenal cina kata pepatah melayu.

Tahun 1991 kami terlibat dalam projek bakti dan kami sama-sama menjadi penggerak utama projek. Ketika itu kami sering bertemu dan berbincang perjalanan projek. Dalam masa yang sama dia sebok untuk menyiapkan puisi-puisi bagi assignment kursusnya. Aku pula yang secara semula jadinya minat kepada puisi memberi pandangan dan pendapat terhadap puisi-puisi yang ditulisnya. Dia cukup memerlukan seseorang yang dapat membantunya dalam memberi pandangan dan pendapat maka dia pintaku agar membantunya. Pertemuan yang acapkali kami adakan di library menjadikan kami lebih akrab dan mengenali hati budi masing-masing. Kadang-kadang dia panggilku untuk melihat dia membaca puisi-puisinya dengan gayanya yang tersendiri.

Persahabatan kami berlanjutan hingga 3 tahun. Kami bersahabat seperti biasa walaupun kawan-kawan mengatakan kami sudah intim dan sedang di lamun cinta. Aku dan Mira tidak mengia dan tidak menafikan. Oleh kerana aku tidak mahu dia disalah anggap aku berterus terang bertanyakan pada Mira apakah akhir persahabatan kami ini? Jawaban yang Mira berikan cukup meyakinkan aku. Katanya, “Pada Mira kita bersahabat cukup baik…. Persahabatan tidak salah jika kita ikhlas dan jujur.. jadi eloklah kita bersahabat dulu.. Mira tak mahu terburu-buru.. kita uji dulu hati kita sejauh mana kita dapat seia sekata..”. jawapan Mira cukup memuaskan aku kerana aku tidak mahu jika suatu hari aku memilih orang lain sebagai teman hidupku, Mira akan kecewa pula. Bila aku sampaikan pendirian Mira kepada rakan-rakan ku mereka tidak percaya. Dalam masa yang sama mereka cuba mendampingi Mira. Berbagai kaedah mereka gunakan. Menulis surat mahu berkenalan. Face to face ajak dating. Hantar bunga. Kirim salam. Minta rekomen kawan. Peliknya semua dilayan dengan baik oleh Mira cuma minta mesti jujur… jangan lebih-lebih.. amarannya. Akhirnya kawan-kawan ku menggelarkan Mira “anggerek berduri”.

Memang aku akui Mira menjadi idaman bukan saja member-member aku malah student dari fakulti lain juga. Wajahnya manis dan sentiasa periang. Sentiasa berbaju kurung. Tuturkatanya lembut dan sentiasa diucapkan satu satu. Suaranya halus tapi perlahan. Orangnya ramping sederhana lebih kurang sama tingginya dengan aku 5 kaki 4 inci. Kulitnya halus warna kuning langsat. Di awal aku mengenalinya dia tidak bertudung penuh seperti sekarang. Enam bulan kemudian dia memakai tudung penuh menutup aurat rambutnya. Di awal perkenalan aku dengannya, aku pernah melihat rambutnya yang hitam dan lurus mayang mengurai itu. Pun begitu di bahagian hujung rambutnya kelihatan seolah-olah beralun dan berombak di hujungnya mencecah hingga ke bahu. Pipinya licin dan sedikit kemerahan. Anggun pribadinya berwajah keibuan dan jika Mira senyum, tersungging sebuah senyman yang tidak jemu aku melihatnya, kerana memaparkan giginya yang putih dan tersusun rapi di bibirnya. Yang paling aku suka lihat ialah gaya ketika Mira ketawa. Sukar sungguh melihat dia ketawa besar kerana setiap kali ketawa dia, akan cepat-cepat meletakkan tangan menutup mulut apabila ketawa. Sebelum Mira bersahabat dengan ku malah semasa dia menjalinkan persahabatan dengan ku bukanlah sedikit jejaka-jejaka menara gading yang ingin mendekatinya tetapi apabila Mira meminta mereka hanya bersahabat saja dahulu, tidak lebih dari itu, maka ramailah jejaka menara gading yang menarik diri dari terus bersama Mira. Ada juga yang sanggup tetapi malangnya hanya sekadar beberapa ketika saja kerana mereka tidak puas hati disebabkan Mira amat jujur dan menjaga tatasusilanya sebagai seorang gadis remaja yang berakhlak. Akhirnya mereka, jejaka menara gading yang mendekatinya itu lantas meninggalkan Mira. Maka berbagai-bagailah cereta direka dengan berhelah dengan berbagai-bagai tuduhan… Kononnya mereka membuat tuduhan, “awek tu tak ada feelinglah..”, “she’s very slow lah", She's no response lah” dan bermacam-macam lagi cereta direka untuk menggambarkan Mira seorang yang tidak sesuai dibuat teman.

Akhirnya dalam diam tak diam persahabatan kami sudah masuk 4 tahun lamanya jalinan persahabatan ini antara aku dengan Mira. Kami sama-sama di tahun akhir dan ketika berada di tahun akhir itu kami kerap berpisah. Aku banyak terlibat dalam projek-projek tahun akhir dan selalu tidak dapat bersamanya. Ketika itulah dia merasa kesunyian. Hinggalah pada suatu hari selepas kami balik dari library yang ditutup pada jam 11.00 malam, dia mangajak aku pergi berbual di satu tempat. Malam itu sungguh indah. Bulan cerah mengambang dilangit menjadikan persekitaran terang benderang kerana dilimpahi cahaya sang rambulan. Kami pergi pergi melepak di tengah-tengah padang bolasepak universiti. Keadaan tidak gelap kerana lampu-lampu yang dipasang di pinggir jalan masih mampu memancarkan cahayanya sampai ke tempat kami bersantai. Dari jauh masih kelihatan samar-samar dalam kecerahan cahaya sang rambulan yang menyinari dedaunan pokok-pokok disekitar padang itu dan sesekali bergoyang-goyang ditiup angin. Cukup lama kami berbual. Soal pelajaran. Hal latihan dan projek. JUga akhirnya menyentuh kisah silam kami semasa di zaman kanak-kanak dan alam persekolahan. Dia menceritakan kisahnya dan aku ceritakan kisah ku. Akhirnya hinggalah menyentuh kepada status perhubungan persahabatan kami berdua sekarang ini. Dia bertanya pada ku, apakah pendapat dan penilaian aku tentang dirinya? Aku katakan padanya aku suka sifatnya, perangainya dan kejujurannya. Itu saja jawapan ku. Walaupun hati kecil ku mengharapkan dia menyintaiku namun aku telankan “ungkapan cinta” dari terkeluar dari mulutku. Kemudian Mira menjauhkan kedudukannya agak dua hasta dari sisiku. Dengan jarak lebih kurang dua hasta itu dia memusingkan kedudukannya ke kiri, kini dia memberikan belakangnya kepada aku. Pandangan matanya menghala jauh ke depan. Dan dengan perlahan Mira melafazkan kata-kata yang menyentakkan perasaan aku. ”Am...jika Mira katakan sesuatu.. Am… boleh jawab tak?” Mulanya aku sangkakan Mira mahu bertanya teka teki lalu aku menjawab pantas. “Tengoklah dulu.. kalau susah soalan Mira… sorry lah Am nak jawab.? Mira senyap seketika kemudian menyambung kata-kata, “Am.. setelah empat tahun kita berkawan dan bersahabat seperti biasa barulah malam ini Mira nak soal Am satu soalan. Am habiskan ayat yang Mira nak lafazkan ini.” Lalu seterusnya dia menyambung, “Am.. andai kata Tuhan mentaqdirkan kita hidup bersama sebagai suami isteri, apakah Am akan menerima kenyataan ini?” cukup jelas ayat yang dilafazkan oleh Mira dan aku teramat faham maksudnya seratus peratus. Aku tergamam, terkedu seketika hinggakan aku tidak mampu berkata-kata. “Mengapa Am tak jawab? Soalnya padaku setelah begitu lama aku membisu. “Mira, dengar ni, Am ingin katakan, bukan hanya setakat Am terima kenyataan itu jika ia benar-benar menjadi kenyataan… malah sejak dahulu lagi, di awal persahabatan kita, Am sememangnya mengharapkan agar kita hidup bersama” Balasku seakan-akan aku melafazkan dialog cinta dalam filem yang aku sendiri menjadi heronya.

Bermula dari peristiwa malam itu kami telah merancang untuk bertunang sahaja dulu sebaik selepas tamat pengajian nanti. Kami telah berjanji untuk membantu keluarga masing-masing terlebih dahulu setelah tamat pengajian. Selepas membantu keluarga masing-masing barulah kami bercadang mengikat tali pertunangan yang pastinya berakhir dengan perkahwinan. Kami buktikan janji kami di mana selepas tamat pengajian dan membantu keluarga, kami terus sahaja mengikatkan tali pertunangan dengan disaksikan oleh teman-teman kami semasa di kampus dulu. Teman-teman kami cukup gembira dan ucapkan tahniah pada ku dan pada Mira. Rakan-rakan memberi ucapan tahniah kepada ku kerana akhirnya dapat juga memetik “anggerik berduri” yang paling liat.

Kita cuma merancang tapi Tuhan menentukan segalanya. Di saat kami telah bersedia untuk membina rumah tangga bagi tujuan hidup bersama tiba-tiba Mira dijemput kembali padaNya. Mira terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika pulang untuk berhari-raya bersama keluarganya pada tahun 1995. Keretanya dilanggar oleh sebuah bas ekspres yang terbabas dari laluan. Kecederaan yang Mira hadapi amat parah. Sembilan hari Mira terlantar di wad icu dan sembilan hari juga aku sentiasa berada disampingnya. Tidak ada lagi suasana hari raya padaku pada tahun itu. Aku hanya menunggu Mira dan dia terus tidak sedarkan diri. Akhirnya hari ke 9 aku menunggunya dia sedar sekejap dan doctor membenarkan kami terus bersamanya. Itulah hari terakhir aku berbicara sedikit dan putus-putus dengannya. Dan tidak ada yang lebih memilukan hati ku kerana 5 tahun 7 bulan aku bersahabat hingga menjadi tunangnya hanya pada saat akhir sebelum kematiannya itulah pertama dan terakhir Mira memanggil ku dengan panggilan “Abang” sedangkan selalunya Mira memanggil ku “Am” saja. Sedarlah aku bahawa Mira telah bertekad dalam hatinya akan mula memanggilkan aku “Abang” setelah kami diijabkabulkan.

“Abang, maafkan Mira kerana tidak dapat tunaikan janji….”

Inilah ungkapan terakhir darinya yang menjadi nostalgia bagiku. Pemergian Mira membawa bersama perasaan kasih ku kepadanya. Memahami betapa mendalamnya persahabatan erat, kasih sayang antara aku dan Mira membuatkan hingga kini ibuku tidak pernah menyuruh aku mencari pengganti Mira. Ibuku hanya berkata dia boleh memaksa adik-adik ku berkahwin tapi dia tidak sanggup menyuruh aku. Segalanya terserah pada ku

Bagi ku biarlah taqdir yang menentukan. Tetapi hati ini masih terbayang kan Mira yang telah 6 tahun meninggalkan aku.

MIRA…. Pemergian Mu Nostalgia bagi ku..

Al-fatihah.

nukilan matnorlah....

Saat kewafatan Rasulullah saw

HAYATILAH DETIK2 DI DALAM KISAH RASULLAH MENGHADAPI MAUT YANG PENUH DGN PENGAJARAN DAN IKTIBAR. SEMOGA IA DAPAT MENGINSAFI KITA..Subhanallah....

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Aku wariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."




Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, telah selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.

Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Tepuk dada tanya iman......
So setiap hari berapa kali kita sebagai ummatnya berselawat pada Rasulullah saw????

Banyakkan selawat pada baginda....