Tertunas Satu Persahabatan (Bhg 2)
Aku cepat-cepat mengemaskan semua barang-barang dan peralatan di sebuah rak yang terletak di dinding sebelah kiri ku. Kemudian aku terus ke sebuah pili di penjuru sudut makmal dan aku membasuh tangan ku yang sedikit kotor dengan menggunakan sabun dettol yang disediakan oleh Dr Anisah sendiri. Dari cermin yang melekat di dinding atas sinky tempat membasuh tangan itu, aku dapat melihat imej Dr Anisah dari jauh di dalam cermin itu dengan jelas dan terang. Ku lihat dia sedang menunggu ku dengan sabar.
Jari telunjuknya masih tidak berhenti dari menghayun dan memusing-musingkan remote control dan anak kunci keretanya. Aku diam sebentar untuk memerhatikan gelagat Dr. Anisah dari dalam cermin. Ku dapat melihat wajah dan bentuk dirinya. Lantas hati ku mengakui bahawa Dr Anisah sungguh cantik sekali. Pakaian yang dipakainya ketika itu, berseluar panjang berwarna blue black dengan baju lengan panjang berwarna ungu dan berbunga kecil menampakan keayuan Dr. Anisah. Orangnya tidak gemuk dan tidak kurus tetapi kecil molek menjadikan apa saja pakaian yang dikenakan pada tubuhnya pasti sesuai belaka.
Dr. Anisah. Orangnya kecil molek dan dari dalam cermin itu ku perhatikan dirinya tampak jelas keayuannya. Lengan bajunya yang halus dan lembut itu sekali sekala kelihatan bergoyang-goyang apabila kipas angin meja berputar memusingkan haluan ke arahnya. “Kamal… apalah U nie.. lama sangat membasuh tangan tu.. mengelamun ye..” Teriak Dr. Anisah setelah dia merasakan aku membasuh tangan terlalu lama. Mendengar panggilannya aku tersentak dari keasyikan merenung dirinya di dalam cermin sinky itu. Aku melepaskan tenungan ku dari imej nya di dalam cermin. Setelah mendengar laungan halus Dr Anisah itu aku cepat-cepat mengambil tuala lantas mengelap tangan ku sehingga kering.
Kami kemudiannya berjalan beriringan keluar dari bangunan pejabat. Jom. Dr Anisah mengajak aku berjalan bersama-samanya. Langkahan kaki kami perlahan tetapi tersusun cantek dan sema di dalam setiap langkah. “Chit.. chiut” kedengaran bunyi remote control dari keretanya menandakan pintu keretanya sudah dilepaskan dari locknya. Dia sudah menekan remote keretanya dari jauh supaya lebih mudah kami membuka pintu kereta itu. Apabila tiba di bahagian bonet depan keretanya kami berpecah. Aku menghala ke sebelah kiri menuju pintu hadapan penumpang dan dia ke arah kanan menuju ke arah pintu tempat duduk pemandu. Kami masuk ke dalam kereta serentak.
Wow… harum semerbak bau perfume keretanya yang terletak di dalam bekas di atas dushboard kereta. Aku perhatikan perfume itu melekat setia di atas dashboard keretanya. Perfume Ambi Pur dengan wangian “relaxing lavender” dalam bekas berwarna purple memberikan haruman lembut berbau semerbak memenuhi seluruh ruang di dalam keretanya. Keharuman wangian itu seumpama haruman bunga lavendar menusuk ke rongga hidung ku.
Keperhatikan keadaan dalam kereta Dr Anisah amat kemas, bersih dan tersusun rapi. Tidak ada sampah atau pun habuk atau pun pasir di atas floor mate yang hitam berkilat itu. Dinding, kusyen dan semua di dalam kereta itu nampak serba baru dan memancar kilauannya apabila disinari rembang mentari. Kepingan duit-duit siling tersusun pada satu tempat khas dan sekuntum bunga ros yang diperbuat dari sejenis sutera china kelihatan tergantung pada cermin untuk melihat pandangan belakang dari dalam keretanya.
Kereta proton Preve automatic berwarna merah hati kepunyaan Dr Anisah meluncur laju melewati pintu pagar pejabat dan pondok pengawal di sebelahnya. Dr Anisah dan aku serentak mengangkat tangan tanda hormat kepada pakcik pengawal yang sedang memerhatikan kami keluar. Pakcik pengawal membalas lambaian kami dengan mengukir senyuman mesra. Kereta Proton Preve merah hati itu terus membawa kami menuju ke suatu tempat makan yang aku sendiri tidak ketahui di mana. Keterikan panas matahari di luar memang terasa silaunya. Ini menyebabkan Dr Anisah mencapai cermin mata hitam yang terletak di hadapannya, lalu perlahan-lahan dengan cermat di letakkan berlabuh di atas pangkal hidung bagi menutup matanya dari silauan keterikan cahaya matahari pada tengahari itu.
“Ada cadangan kat mana kita nak makan tengahari ini.. Kamal”, Dr Anisah bertanya sambil menoleh kepada ku. Aku menggelengkan kepala serentak mengangkat kedua-dua bahu ku ke atas memberikan isyarat body language bahawa aku tidak ada sebarang idea.
Pandangan mataku tepat memandang mata Dr Anisah yang tersembunyi di sebalik cermin mata hitam itu. Kematangan dan kelincahannya jelas terpancar melalui kesesuaian wajahnya dengan cermin mata hitam tadi.
“Okey.. U tidak ada sebarang cadangan.. kan .. kalau gitu.. apa kata U ikut I saja yer..” Balas Dr Anisah tanpa menoleh padaku kerana matanya memandang focus ke arah jalan raya sambil tangan kirinya memegang tombol gear gear automatic keretanya yang setia dikedukan D.
Kereta meluncur laju sambil membawa kami berdua yang baru sahaja ada sedikit kemesraan dalam menjalinkan persahabatan. Sebuah lagu nyanyian Ziana Zain berjudul Madah Berhelah berkumandang dari corong speaker radio dalam keretanya mengiringi perjalanan kami. Sound system keretanya yang baik dan kedap udara menjadikan lagu Madah Berhelah nyanyian Ziana Zain semakin lunak dan merdu.
Sepuluh minit perjalanan kami sampai di persimpangan dan kereta yang dipandu oleh Dr Anisah membelok ke kiri dan berhenti di hadapan sebuah restoran makanan laut yang terletak bersebelahan sungai Kuala Selangor. Kelihatannya restoran itu sesak dan penuh dengan pelanggan. Tidak ada ruang kosong untuk kami meletakkan kenderaan. Semua tempat parker telah dipenuhi dengan kereta pengunjung yang datang makan di restoran ini pada tengahari ini.Melihatkan sudah tidak ada lagi tempat parkir yang kosong lalu Dr. Anisah meletakan proton preve nya di bahu jalan sahaja.
Kami keluar dari kereta bersama-sama menuju ke pintu masuk restoran yang tertulis jelas di gerbang pintu masuknya dengan perkataan “Kuala Selangor Typical Seafood”. Orang terlalu ramai dalam restoran dan setiap meja telah ada penghuninya. Ada yang kelihatan dengan nikmatnya sedang menjamah kelazatan makanan dan ada juga yang sedang menunggu makanan dihidangkan oleh pekerja lelaki atau perempuan yang masih temaja. Kelihatan juga satu atau dua meja sedang dilayan oleh waiter atau waiteres untuk mengambil tempahan makanan dari para pelanggan. Dr Anisah mengajak aku duduk di sudut paling tepi iaitu di sebuah meja bulat yang siaznya lebih kecil dan hanya sesuai untuk dua orang sahaja. Kedudukannya agak ke hujung penjuru restoran dan betul-betul bersebelahan tepi tebing sungai Kuala Selangor menjadikan sudut itu sesuai untuk pelanggan yang datang bercouple.
Kami melabuhkan kedudukan kami di situ. Kebetulan waktu itu air sedang pasang besar dan ianya jelas kelihatan pada ku apabila sungai itu sudah dipenuhi oleh air laut Selat Melaka yang sedang pasang naik mengalir deras menghala ke hulu. Sekali sekala kelihatan ombak-ombak kecil menghempas tebing kesan dari perahu nelayan yang bermudik ke hulu atau ke hilir. Air sungai ini menghempas tebing yang berbatu yang berdekatan meja tempat kami duduk untuk menjamu selera. Dalam pada itu hatiku berbisik, “Air besar seperti ini kalau bawa joran untuk memancing ikan dari tebing ini tentu seronok ni. Mesti ada ikan-ikan baik di bawah sana di celah-celah pohon-pohon nipah dan pokok berembang yang tumbuh di dalam sungai ini.”
Oleh kerana seluruh ruang di dalam restoran itu dipasangkan aircond maka kepanasan suhu tengahari itu tidak kami rasai. Hanya aroma dan keharuman masakan yang terhidang di meja-meja bersebelahan yang menusuk ke dalam hidung kami. Aromanya yang enak itu cukup membuka selera aku dan menjadikan perut ku yang sememannya sedang kosong itu semakin lapar rasanya.
Ketika seorang gadis pelayan yang kecil molek berusia belasan tahun datang mengambil tempahan makanan dari kami, aku hanya diam sahaja sambil memerhatikan sigadis pelayan menulis satu demi satu makanan yang disebut oleh Dr Anisah. Cuma semasa ditanya tentang minuman barulah aku bersuara. Aku memilih carrot juice, gelas besar manakala Dr Anisah meminta kiwi juice untuk dirinya. Juga gelas besar. Sementara menunggu makanan disiapkan, aku hanya berdiam diri. Aku tidak tahu apakah tajuk bicara yang akan aku buka untuk memulakan perbualan dengan Dr Anisah. Tak tahu kenapa pula kali ini otak ku buntu, tidak ligat datang idea mengusik Dr Anisah seperti selalunya sebelum ini.
Fikiran ku buntu dan beku. Aku diam. Mungkinkah agaknya restoran yang Dr Anisah pilih untuk membelanjakan aku makan ini di luar jangkaan ku menyebabkan aku terus kehilangan idea. Aku pun tidak menduga Dr Anisah akan membawa aku makan di sini. Aku sangkakan tadi mungkin dia hanya akan membawa aku makan di warung-warung biasa sahaja. Inilah kemungkinan yang menjadikan lidah ku kelu ketika ini. Aku terus diam. Pandangan mata ku memandang ke arah tengah sungai yang arusnya mengalir deras. Sesekali apabila ada bot-bot nelayan yang melintas maka tumpuan mataku mengekori perjalanan bot-bot itu. Aku hilang idea. Aku tidak berkata-kata lagi namun fikiran ku mencari-cari apakah topik bualan yang nak aku mulakan dengan Dr Anisah. Takkan sudahnya aku nak berdiam diri seperti ini. Mana boleh jadi nie...
Dr Anisah pun begitu juga jadinya. Dia juga tidak memulakan sebarang percakapan dengan ku. Selepas membuat tempahan makanan pada gadis pelayan tadi dia juga terus senyap dan membisu. Cuma kelihatannya dia memandang jauh ke dalam restoran itu melihat gelagat pengunjung-pengunjung lain. Cermin mata hitam yang dia pakai dalam perjalanan tadi belum ditanggalkan lagi. Walaupun pandangan mataku menghala jauh ke tengah sungai namun ekor mata ku sesekali menjeling juga memandang Dr Anisah. Aku tahu dia sedang memandang tepat pada ku disebalik cermin hitamnya itu.
Menyedari dia sedang memandang pada ku maka aku semakin serius memandang jauh ke tengah sungai. Jari kelingking di tangan kiri ku pula sengaja menggaru kepala aku yang tidak gatal. Sedangkan Dr Anisah masih belum lagi mengalih pandangannya daripada dihalakan kepada ku.
“Kamal… kenapa senyap saja nie… tak kan tak nak berbual langsung… “ Dr Anisah bersuara memecah kesunyian kami untuk membuka kebuntuan fikiran ku di saat itu. Perlahan-lahan cermin mata hitam ditanggalkan langsung dilipat dan dimasukkan ke dalam bag tangannya. “Bukan tak mahu bersembang Dr Anisah… tapi dah tak ada idea dah… tak tau apa yang nak dibualkan”, aku berterus terang saja sambil memandang wajahnya. Aku meluruskan belakang ku untuk menyandar ke kerusi dengan lebih kemas. “Pernah U datang makan ke sini?” soalnya.
“Tak pernah…tempat yang macam ini mana saya mampu… bukan murah… tiga kali datang habislah gaji saya… gaji kecil Dr Anisah… faham-faham sajalah”. Balasku dengan panjang dan sedikit merendah diri. Jawapan ku itu benar dan ikhlas tetapi sengaja aku nak pancing dia. Aku hendak tengok apakah riaksinya selepas mendengar jawaban dari ku.
“Sebenarnya I pun tak pernah datang ke sini… baru inilah pertama kali juga I datang makan di sini”. Jawaban Dr Anisah menafikan segala telahan ku kerana aku sangkakan tentunya dia pernah datang ke restoran ini atau pun restoran ini telah menjadi kebiasaan baginya.
“Laaa… saya ingatkan tempat ini U pernah datang… sangkaan saya restoran ini adalah favaroute U..”
Alaaahhhh… dia sambung lagiii…Bersambung Bhgn. 3
Bertsambung : Tertunas Satu Persahabatan (Bhg 3)