Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Salam sejahtera ku ucapkan kepada pengunjung2 yang menjadi pengunjung tetap blog ini pabila setiap kali aku meng-update blog ini.
Aku mohon maaf kepada anda semua kerana sudah terlalu lama aku tidak mengakses blog ini kerana kekangan masa dan ruang waktu lantaran aku disebokan oleh tugas-tugas harian ku di pejabat dan dimakmal.
Ku kira sudah hampir tiga (3)tahun lamanya aku tidak menjengah ke sini. Bukan ku lupa untuk melewati blog ku sendiri tetapi aku untuk seketika waktu dulu lebih menumpukan ke facebook apabila kurasa FB lebih mudah untuk berkongsi2 info.
Tapi menggunakan FB banyak hasil penulisan aku yang terdahulu sukar dicapai semula dan kebanyakan hilang apabila status baru ku update.
Jadi, insyaAllah selepas ini aku akan lebih menumpu penulisan dan karya aku di blog ini semula.
InsyaAllah. Semoga Allah swt memberi aku kekuatan dan ilham untuk terus berkarya di "Cacamarba Kehidupan" ini. Hidup kita penuh dengan warna-warni.
Ada berwarna terang dan ceria dan ada kalanya berwarna malap dan gelap.
Sesungguhnya itulah Cacamarba Kehidupan yang menjadikan hidup kita teramat bermakna dan indah dengan ujian dan dugaan dari Nya.
Matnor lah namaku
No comments:
Post a Comment